Ikuti Kami:

“Saya Kerap Menangis Sekarang..” – Yoon Eunhye

“Saya Kerap Menangis Sekarang..” – Yoon Eunhye

Rasanya ramai perasan bahawa Yoon Eun-hye sangat aktif dalam pelbagai program hiburan Korea kini.

Terbaru, penyanyi dan pelakon itu meluahkan perasaannya menerusi sebuah video interaktif di YouTube dalam bentuk penggilan video.

Kongsi Yoon Eun-hye,

Saya banyak mendengar lagu ketuhanan kini kerana melalui masa yang sukar.

yoon eunhye

Katanya dia bersyukur kerana melalui pelbagai perkara bermakna sejak kebelakangan ini lantas banyak bermuhasabah diri kerana berasa kecewa dengan diri sendiri. Kali ini, dia mendedahkan sering menangis hampir 3 ke 4 jam apabila berasa hampa.

Sekarang, saya banyak menangis. Saya banyak mengalirkan air mata. Namun sebabnya adalah rahsia.

Kongsi bekas ahli Baby V.O.X itu lagi, apabila menangis, bahagian bawah matanya akan membengkak lantas kelihatan seperti ulat gonggok.

Harap Yoon Eun-hye okay sahaja..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...