Ikuti Kami:

“Tak Tahu Kenapa Dia Tak Kahwin Lagi” – Kim Jongkook Ulas Gosip Cinta Dengan Yoon Eunhye

“Tak Tahu Kenapa Dia Tak Kahwin Lagi” – Kim Jongkook Ulas Gosip Cinta Dengan Yoon Eunhye

Akhirnya Kim Jong-kook buka mulut mengenai khabar angin cintanya bersama Yoon Eun-hye.

Menerusi episod terbaru “Problematic Child In House”, mereka berbincang mengenai kemenangan ‘Anugerah Utama’ oleh beberapa individu di situ termasuklah Kim Jong-kook. Katanya,

Ia sebenarnya bermula dengan ‘X-Man’.

Sampuk Song Eun-yi,

Saya tonton ‘X-Man’ kerana awak. Saya mahu hubungan awak bersama Yoon Eun-hye berlangsung baik ketika itu.

kim jongkook yoon eunhye

Kata Kim Sook pula,

Kisah ini masih berlangsung.

Jawab Kim Jong-kook,

Adakah ia sesuatu yang akan berlangsung dalam jangka masa yang lama?

Usik Jung Hyung-don,

Sampai tahap ini, ia mungkin menjadi kisah legenda.

kim jongkook yoon eunhye

Kata Song Eun-yi setuju,

Tiada siapa yang dapat cipta babak legenda dalam program hiburan sejak itu.

Sambung Kim Sook mengusik,

Awak dah tetapkan tarikh perkahwinan?

Jawab Kim Jong-kook,

Ianya ditetapkan 10 tahun lalu.

Min Kyung-hoon kemudiannya bertanya mengapa Kim Jong-kook tidak pernah mengatakan ‘tidak’ setiap kali cerita mengenai Yoon Eun-hye disebut. Jawab lelaki berbadan sasa itu,

Jikalau awak terus bercakap, cerita ini akan menjadi lebih besar. Kalau awak menyampuk, ianya akan semakin berpanjangan.

kim jongkook yoon eunhye

Kata Kim Jong-kook lagi,

Apabila dia (Yoon Eun-hye) berkahwin pastinya cerita ini akan tamat.

Ketika menyebut mengenai Yoon Eun-hye yang tidak ada sebarang berita perkahwinan, seloroh lelaki itu,

Saya tak tahu kenapa dia tak berkahwin lagi. Rasa nak mati.

Mana tahu ada jodoh…

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...