Ikuti Kami:

“Saya Kenyang Lepas Makan Dua Sudu Jjapaghetti” – Dara 2NE1

“Saya Kenyang Lepas Makan Dua Sudu Jjapaghetti” – Dara 2NE1

Sandara Park sememangnya tidak asing lagi dari industri K-Pop dek kerana populariti dia bersama kumpulan 2NE1. Namun, kalau korang perasan, Dara sering menjadi perhatian umum disebabkan saiz badannya yang ‘comel’.

Tak pernah sekali pun kita nampak Dara naik berat badan kan? Sentiasa kurus dan slim saja bentuk badannya. Baru-baru ini pula, Dara memuat naik gambar melalui akaun Instagramnya.

Ianya sangat sedap sehingga saya makan sampai kekenyangan!

daraGambar tersebut merupakan satu perjumpaan Dara bersama kawan-kawannya untuk makan malam. Dia kelihatan senang menikmati makan malamnya, Jjapaghetti namun yang paling menarik perhatian apabila rakannya turut meninggalkan komen dengan berkata,

Kawan saya ini kenyang selepas makan dua mulut Jjapaghetti.

Sebelum ini, Dara pernah tampil dalam satu rancangan hiburan bersama Park So-hyun dalam “Unnies Without Appetite” dan dia berkongsi mengenai cara pemakanannya. Dia berkata,

Tinggi saya kurang daripada 160cm dan berat saya hanya 40kg.

Dalam rancangan hiburan itu, Dara menjawab beberapa soalan yang diajukan oleh peminat.

Saya tertanya-tanya adakah kamu sudah mula makan dengan kadar sedikit sejak dari kecil?

daraLalu, Dara menjawab,

Saya mula kurang makan ketika saya sedang membesar, oleh itu badan saya tidak membesar dengan baik. Ketika saya kecil, saya selalu beranggapan bahawa saya perlu tinggi sebanyak 162cm dan mempunyai berat sebanyak 37kg sebagai seorang dewasa. Saya harus betulkan semula pemikiran sebegitu. 

Melihat kepada reaksi Dara yang agak segan, Park So-hyun bertanya,

Kenapa awak berkongsi mengenai perkara ini?

Dara menjawab,

Sebab kanak-kanak yang sedang membesar tidak boleh ada pemikiran seperti saya dulu. Ianya tidak betul. Mereka perlu makan secukupnya untuk kekal sihat. 

Baguslah Dara kongsikan perkara sebegini… janji semua sihat okay!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...