Ikuti Kami:

“Saya Kenal Seseorang..” – Ditebak Beri Ucapan Buat Kekasih, Agensi Lee Jongsuk Beri Respon

“Saya Kenal Seseorang..” – Ditebak Beri Ucapan Buat Kekasih, Agensi Lee Jongsuk Beri Respon

Sudah beberapa tahun aktif berlakon, Lee Jong-suk secara tiba-tiba terpalit dengan khabar angin sedang bercinta kini.

Ini berikutan ucapan kemenangan yang diberikannya semasa memenangi ‘Anugerah Utama’ di ‘2022 MBC Drama Awards’ kelmarin.

Ucapnya sambil tersenyum,

Selepas menamatkan latihan ketenteraan, saya mempunyai pelbagai kerisauan, ketakutan dan kesukaran. Pada ketika itu, saya mengenali seseorang yang membantu saya untuk berfikiran positif dan ke arah kebaikan.

Tambahnya,

Melihat rakan itu, saya sering terfikir ‘saya perlu hidup dengan lebih baik’ dan ‘saya akan menjadi seorang yang lebih baik’.  Malah saya turut banyak muhasabah diri sejak kebelakangan ini. Saya akan cuba menjadi individu yang lebih baik pada masa akan datang.

lee jongsuk

Disebabkan itu, khabar angin mula bertiup kencang mengatakan lelaki itu sedang bercakap mengenai teman wanitanya.

Respon Lee Jong-suk menerusi agensinya pada pagi ini,

Saya hanya meluahkan perasaan sendiri buat individu yang saya sangat berterima kasih. Disebabkan menghormati individu itu, saya tidak dapat memberitahu maklumat lanjut mengenainya. Saya berharap agar anda memhaminya sebagai ucapan buat seseorang yang saya ingin berterima kasih.

Untuk pengetahuan, Lee Jong-suk turut membawa pulang anugerah ‘Pasangan Terbaik’ bersama Im Yoon-ah untuk drama “Big Mouth”.

Salah faham rupanya..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi. 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...