Ikuti Kami:

“Saya Bercadang..” – Selepas ‘Big Mouth’, Lee Jongsuk Kongsi Pelan Lakonan Untuk Masa Depan

“Saya Bercadang..” – Selepas ‘Big Mouth’, Lee Jongsuk Kongsi Pelan Lakonan Untuk Masa Depan

Baru-baru ini, Lee Jong-suk telah terlibat dengan penggambaran dan temu bual untuk majalah Vogue Korea.

Pasti ramai yang mengetahui bahawa Lee Jong-suk baru saja menamatkan drama noir “Big Mouth”, yang telah berjaya mendapat sambutan hangat dari penonton. Akan datang, pelakon itu akan kembali menemui penonton dalam filem thriller penuh aksi berjudul “Decibel”.

Ketika sesi temu bual, Lee Jong-suk meluahkan perasaannya membawa naskhah dalam genre yang berbeza dari sebelum ini. Luahnya,

Jika cerita itu menyeronokkan dan ia adalah peranan yang boleh saya lakukan dengan baik, maka saya melakukannya. ‘Big Mouth’ dan ‘Decibel’ kedua-duanya seperti itu.

lee jongsuk

Kemudian, pelakon itu turut ditanya tentang rancangannya pada masa akan datang untuk projek lakonan. Lee Jong-suk menjawab,

Buat masa ini, saya akan berehat sahaja. Saya bercadang untuk bernafas perlahan-lahan semasa saya cuba membuat rancangan yang lebih spesifik.

Dalam pada itu, “Decibel” ialah filem aksi thriller tentang pengganas yang ingin menanam bom di tengah-tengah bandar, dan bekas komander Tentera Laut yang menjadi sasaran ancaman pengganas.

Lee Jong-suk bawa watak apa pun semua mantap!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...