Ikuti Kami:

“Saya Kena Pimpin..” – Kim Sohyun Ulas Babak Cium Bersama Minhyun Dalam ‘My Lovely Liar’

“Saya Kena Pimpin..” – Kim Sohyun Ulas Babak Cium Bersama Minhyun Dalam ‘My Lovely Liar’

Selepas 16 episod, drama “My Lovely Liar” telah pun melabuhkan tirainya semalam.

Terbaru, salah seorang teraju utama “My Lovely Liar” iaitu Kim So-hyun, telah terlibat dengan penggambaran susulan tamatnya drama berkenaan.

Di hujung episod, watak Hwang Min-hyun dan Kim So-hyun telah jujur meluahkan perasaan mereka dan memaparkan keserasian dengan babak ciuman. Mengenai ini, wanita itu berkongsi,

Saya dengar ini kali pertama Hwang Min-hyun terlibat dalam adegan percintaan dua hala seperti ini. Jadi, ini adalah babak ciuman pertamanya. Itu menambahkan sedikit tekanan.

Sambungnya lagi,

Saya tidak pernah menganggap diri saya sebagai seseorang yang akan memimpin tetapi kemudian saya terfikir sama ada saya perlu melakukannya. Kami benar-benar rapat di set dan banyak mengusik antara satu sama lain. Pengarah melakukan kerja yang hebat untuk memudahkan kami merakam adegan itu.

my lovely liar

Kemudian, Kim So-hyun turut menjelaskan mengenai bantuan pengarah untuk merakam babak berkenaan,

Ada beberapa perbincangan untuk menghangatkan lagi babak itu. Kami mempunyai banyak perbincangan tentang butiran kecil seperti tempat untuk meletakkan tangan kami.

Memang mantap keserasian dorang!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...