Ikuti Kami:

Misteri Terungkai, Penonton Terkejut Lihat Plot Twist Lelaki Suka Lelaki Dalam ‘My Lovely Liar’

Misteri Terungkai, Penonton Terkejut Lihat Plot Twist Lelaki Suka Lelaki Dalam ‘My Lovely Liar’

Nampaknya, drama Korea sudah makin kerap selitkan plot hubungan sesama jantina kini.

Terbaru dalam episod 13 & 14 “My Lovely Liar”, Kim Do-ha (Min-hyun) yang disyaki membunuh teman wanitanya Choi Eom-ji, telah terbukti tidak bersalah selepas pelbagai misteri akhirnya terbongkar.

Dalam episod itu, Sol-hee (Kim So-hyun) yang boleh tahu sama ada seseorang itu menipu telah mendapati bahawa Jae-chan berbohong tentang pengakuannya membunuh Eom-ji, dan hanya mengikuti rancangan yang diatur abangnya Deuk-chan, iaitu kawan baik kepada Do-ha dan Pegawai Eksekutif J Entertainment.

[Amaran Spoiler]

Kemudian, Sol-hee terus bergegas ke J Entertainment dan menemui gambar polaroid Deuk-chan bersama Do-ha yang tersembunyi di mejanya. Dia mengimbas kembali semua perbualan mereka bersama dan akhirnya sedar bahawa lelaki itu mempunyai perasaan kepada Do-ha selama ini.

Tidak lama kemudian, Deuk-chan masuk ke biliknya dan melihat Sol-hee memegang semua bukti dan terus mengaku bahawa memang benar dia menyukai Do-ha, yang juga sedang mendengar pengakuannya itu dari belakang.

Melihat kawan baik yang dicintainya, Deuk-chan terus panik dan berlari keluar, serta memandu kereta. Malangnya, dia telah terlibat dengan kemalangan ngeri dan akhirnya mati, selepas cuba untuk membunuh diri.

Selepas episod tersebut disiarkan, penonton rata-rata terkejut dengan plot twist itu dan langsung tidak mengagak bahawa kawan baik Do-ha sendiri yang membunuh teman wanitanya dan dalam masa yang sama menyimpan perasaan kepadanya.

Berdebar-debar tengok episod ni!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...