Ikuti Kami:

“Saya Kemurungan…” – Jackson GOT7 Luah Perasaan Sepanjang Bergelar Selebriti

“Saya Kemurungan…” – Jackson GOT7 Luah Perasaan Sepanjang Bergelar Selebriti

Tak pernah terbayang kan, Jackson GOT7 yang selalu tampil ceria dan bertenaga di pentas, sebenarnya pernah mengalami depresi juga…

Jackson tampil bersama jenama majalah terkenal, VOGUE dalam sedutan sebalik tabir pentas “Head in The Clouds Festival”. Melihat kepada sesi temu bual tersebut, Jackson sempat berkongsi sedikit sebanyak mengenai dirinya sebagai selebriti.

Jackson berkata,

Saya tidak pernah berpuas hati dengan diri saya sebagai artis sehinggalah saya keluarkan album “MAGIC MAN”. Sebaik saya saya mendengarnya buat kali pertama, saya rasa ianya okay. Saya pun tak pernah berkongsi sedalam ini sepanjang hidup saya. 

Menjurus kepada kenyataan itu, dia turut berkongsi mengapa dia sering mengkritik diri sendiri. jacksonWalaupun kini, Jackson sudahpun mulai membaik, Jackson melihat kembali kepada tahun-tahun sebelumnya sebagai artis dan bagaimana kerjaya itu berjaya membawa dirinya kepada depresi.

Dia berkata,

Saya sudah pun berada di dalam industri selama 8 ke 9 tahun. Sehinggakan saya rasa betul ‘lost’ dan semuanya berasa seperti berulang-ulang. 

Jackson menambah lagi,

Tahu tak, semua ini akan berulangan selepas satu demi satu, jadual demi jadual. Terlalu banyak yang datang sehingga membuatkan saya sangat depresi pada waktu itu. 

jacksonDia juga menambah,

Siapa pun saya pada waktu itu, siapa pun saya yang sebelum-sebelum ini, siapa pun saya yang sekarang, saya mahu tinggalkan semuanya dan mulakan sesuatu yang baru. Saya hanya ingin jadi diri saya buat seketika. 

Saya tidak sempurna. Tidak semua orang akan sukakan saya. Tapi jika kamu sukakan saya, kamu sokong saya, kamu tengah menyokong Jackson yang sebenar. 

Jangan risau Jackson, kami semua menyokong awak…

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...