Ikuti Kami:

Jackson GOT7 Kongsi Pandangan Mengenai Kehidupan & Muzik

Jackson GOT7 Kongsi Pandangan Mengenai Kehidupan & Muzik

Jackson GOT7 baru-baru ini mengadakan sesi penggambaran bersama SINGLES MAGAZINE. Handsomenya Jackson!

Penampilan Jackson untuk edisi terbaru dalam SINGLES MAGAZINE baru-baru ini, cukup menarik perhatian. Semestinya, Jackson tidak pernah gagal dalam mempamerkan posing yang karismatik, tampan dan bold dalam setiap penggambaran yang dia lakukan.

Bukan itu sahaja, Jackson juga sempat menyertai satu sesi temu ramah dimana dia berkongsi mengenai pandangan dirinya mengenai karier dan kehidupan.

Jackson berkongsi bahawa selama dia berada 10 tahun dalam industri, dia telah banyak memikirkan apa yang perlu dilakukan seterusnya dan hala tuju yang perlu diambil. Dia menjelaskan,

Apa yang akhirnya saya sedar seltelah selama ini adalah anda tidak boleh memiliki segala-galanya, jadi anda hanya perlu melakukan apa yang anda mahu lakukan. Setiap pilihan sudah tentu ada kebaikan dan keburukannya, tetapi saya sedar bahawa jika saya semakin hampir dengan matlamat saya setiap hari, maka itu sendiri adalah kebahagiaan kepada saya.

jacksonJackson berkongsi bahawa inilah titik penting kerana di mana dia berada sekarang dia ingin memberikan yang terbaik terhadap perkara yang dia inginkan dan mencari kebahagiaan dalam perjalanan proses itu.

Dia menyambung lagi,

Sebelum ini, saya hanya cuba bekerja keras. Melakukan kerja yang baik sentiasa saya dahulukan. Sekarang, saya tahu bahawa muzik juga adalah seni, dan oleh itu saya perlu merasakan dan memahaminya dengan ikhlas. Saya perlu menikmatinya, dan saya perlu mempercayai diri saya sendiri.

Dia menambah,

Apabila saya teringat kembali apabila saya baru menjadi seorang artis, saya menyedari bahawa hakikatnya saya menyukai kerja saya dan saya tidak menganggapnya sebagai kerja.

jacksonJackson sebelum ini telah melancarkan single digitalnya “BLOW” pada Mac lalu dan berkongsi lagu “CRUEL” bersama peminat di Coachella pada April lalu. Katanya, Jackson akan kembali dengan album terbaru tak lama lagi.

Sama-sama kita nantikan okay!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi. 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...