Ikuti Kami:

Didakwa Sedang Bercinta Dengan Yuqi (G)I-DLE, Agensi Jackson GOT7 Beri Respon

Didakwa Sedang Bercinta Dengan Yuqi (G)I-DLE, Agensi Jackson GOT7 Beri Respon

Setelah pelbagai gosip dan dakwaan melibatkan Jackson GOT7 dan Yuqi (G)I-DLE, agensi Jackson akhirnya telah mengeluarkan kenyataan rasmi bagi memperjelas isu sebenar.

Baru-baru ini, Jackson GOT7 telah dikaitkan dengan khabar angin bahawa dia sedang bercinta dengan Yuqi, ahli (G)I-DLE. Menurut laporan SNS di Weibo, Yuqi (G)I-DLE telah dilihat melawat rumah Jackson di China pada penghujung 2021. Sekadar info, kedua-dua mereka berasal dari China.

Dalam satu video yang dimuat naik, Yuqi dilihat membawa bunga ros pada keesokan harinya, sambil ditemani oleh kakitangannya. Isu ini dengan cepat menjadi topik trending di Weibo serta platform SNS lain, kerana ramai peminat berkongsi pelbagai spekulasi mereka mengenai laporan tersebut.

jackson got7 yuqi gidle

Setelah pelbagai spekulasi dan khabar angin bertebaran di media sosial, Jackson’s Studio, syarikat yang menguruskan Jackson GOT7 telah mengeluarkan kenyataan seperti berikut:

Baru-baru ini, akaun media bebas ‘Jurugambar Liu Da Chui’ telah mengambil kesempatan atas kuasa berpengaruh artis syarikat itu, Encik Wang Jia Er (nama Cina Jackson), di mana dia mengeluarkan klip video yang disatukan, dan sengaja memutar belit kebenaran. Dia juga menggunakan perkataan seperti ‘bermalam’, ‘ros’, ‘dua wanita cantik’, ‘menghantarnya pulang ke rumah Wang Jia Er’, dan ‘kamu faham, saya tidak perlu bercakap lebih’, untuk mengelirukan orang ramai dan mewujudkan salah faham terhadap Encik Wang Jia Er.

Tambah agensi,

Ini dilakukan bagi menarik perhatian untuk agenda tersembunyi. Adalah perkara biasa dan normal untuk rakan-rakan berkumpul di rumah Wang Jia Er. Tindakan akaun media bebas tersebut bukan sahaja menceroboh privasi artis, tetapi juga menyebabkan reputasi Encik Wang Jia Er rosak. Berkenaan dengan situasi ini, syarikat itu telah pun memfailkan laporan polis untuk melindungi hak Encik Wang Jia Er melalui agensi keselamatan awam dan menggalakkan persekitaran dalam talian yang bersih dan selamat. Kami percaya undang-undang adalah serius dan adil, dan tidak akan membenarkan penjenayah berfikir bahawa mereka boleh terlepas daripada pelanggaran.

jackson got7 yuqi gidle

Sementara itu, CUBE Entertainment iaitu agensi kepada Yuqi, masih belum mengeluarkan apa-apa kenyataan.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi. 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...