Ikuti Kami:

“Saya Keliru..” – Dedah Wajah Wanita Rampas Suami, Rupanya Hwang Jungeum Silap Orang?

“Saya Keliru..” – Dedah Wajah Wanita Rampas Suami, Rupanya Hwang Jungeum Silap Orang?

Pelakon Hwang Jung-eum telah memuat naik permohonan maaf kerana secara terbuka menuduh seorang wanita yang tidak bersalah sebagai salah seorang individu yang terlibat dalam urusan luar nikah suaminya, Lee Young-don.

Pelakon itu memuat naik permohonan maafnya di Instagram,

Hello. Semasa saya menguruskan urusan peribadi, terdapat satu kekeliruan yang berlaku. Saya ingin dengan ikhlas memohon maaf kerana menyusahkan seorang awam dan kenalan mereka dengan memaparkan hantaran media sosial mereka secara terbuka. Saya menulis kiriman ini dengan harapan untuk membetulkan kesilapan saya. Saya juga telah menghubungi mangsa secara peribadi dengan permohonan maaf.

hwang jungeum

Tambahnya,

Saya sepatutnya lebih jelas tentang perkara-perkara peribadi dan awam di ruang di mana tindakan saya dilihat oleh ramai orang, tetapi dalam keadaan emosi yang tidak stabil, saya membuat kesilapan serius dan menyebabkan ketidakselesaan kepada ramai pemerhati juga, dan saya memohon maaf atas itu. Saya akan lebih berhati-hati mulai dari sekarang.

Lah salah orang rupanya..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...