Ikuti Kami:

“Perempuan Hodoh” – Suami Lari Dari Bercerai, Hwang Jungeum ‘Mengamuk’ & Dedah Wajah Wanita Ketiga

“Perempuan Hodoh” – Suami Lari Dari Bercerai, Hwang Jungeum ‘Mengamuk’ & Dedah Wajah Wanita Ketiga

Semakin lama, semakin kasihan mendengar kisah yang menimpa rumah tangga Hwang Jung-eum.

Untuk pengetahuan, pelakon wanita itu sedang dalam proses penceraian dengan suaminya, Lee Young-don iaitu seorang ahli perniagaan. Malah ini ialah penceraian keduanya dengan lelaki itu di mana sebelum ini dia memilih untuk meneruskan perkahwinan mereka selepas melalui proses meditasi.

Pun begitu, perkahwinan itu kembali goyah apabila Hwang Jung-eum mendedahkan bahawa suaminya curang serta mereka kerap bergaduh dan tak sehaluan.

Terbaru, Hwang Jung-eum telah memuat naik Instagram Story di mana dia mendedahkan wajah wanita yang menjadi ‘orang ketiga’ dalam perkahwinannya.

hwang jungeum

Tulisnya,

Perempuan hodoh, tolong lah kahwin dengan Young-don. Biarkan saya bercerai dengan saya dan korang boleh berambus ke Bangkok.

Malah Hwang Jung-eum juga dilihat meninggalkan komen di entri wanita itu,

Boleh tak tolong kahwin dengan suami saya? Ada satu sebab sahaja yang menulis komen ini. Young-don yang dah melarikan diri, ceraikan saya dan berambus ke Bangkok.

Dari pendedahan ini, kekasih Lee Young-don ini bernama Jo Ha-eun dan pernah terpilih sebagai peserta Miss Korea Seoul 2020.

Rata-rata netizen meluahkan rasa kasihan melihat keadaan Hwang jung-eum kini selain menyelar Lee Young-don kerana sanggup melarikan diri kini, mungkin kerana tidak mahu menjalani proses penceraian.

Kesiannya..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Instiz

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...