Ikuti Kami:

“Saya Kecewa & Tak Selesa..” – Jeon Somin Kongsi Kisah Silam Dengan Bekas Teman Lelaki

“Saya Kecewa & Tak Selesa..” – Jeon Somin Kongsi Kisah Silam Dengan Bekas Teman Lelaki

Baru-baru ini, Haha telah memuat naik video baru di saluran YouTubenya, menampilkan Jeon So-min sebagai tetamu.

Dalam video itu, kedua-dua ahli “Running Man” tersebut sedang bermain ‘video game’ dan juga berborak mengenai pelbagai perkara.

Khususnya, Jeon So-min ada bercerita tentang bekas teman lelakinya dengan berkata,

Dia adalah seperti seorang abang di bilik latihan dan adik kepada kawan rapat saya. Saya tertidur di atas sofa di rumah kawan saya itu dan apabila seseorang menyelubungi saya dengan selimut, saya fikir ia adalah kawan saya tetapi ia sebenarnya adik lelakinya itu.

Menarik perhatian, pelakon “Cleaning Up” itu menyambung,

Apabila dia menyatakan perasaannya terhadap saya, saya memberitahunya bahawa ini adalah kali pertama saya bercinta dan saya memerlukan sedikit masa untuk memikirkannya. Namun, apabila dia berkata bahawa dia akan menghilangkan diri jika saya tidak menerima cintanya, saya rasa tertekan dan berkata saya juga menyukainya. Kami bercinta jarak jauh semasa dia tinggal di Gwacheon dan saya tinggal di Ilsan. Tetapi, kami berpisah sebelum dia menyertai tentera.

jeon somin haha

Kemudian, Jeon So-min juga turut berkongsi kemarahannya kerana menerima mesej dari bekas teman lelakinya itu 10 tahun kemudian, memintanya untuk mengesahkan mengenai hubungan silam mereka,

Dia bertanya khabar saya dan kemudian bertanya sama ada saya boleh bercakap dengan rakannya melalui telefon. Apabila saya bertanya mengapa, dia berkata, ‘Saya memberitahu rakan saya bahawa saya pernah bercinta dengan awak tetapi dia tidak percaya. Boleh awak beritahu dia kita pernah bercinta?’. Saya sangat kecewa dan tidak selesa.

Ulas Jeon Somin,

Jika saya bertemu dengannya selepas sekian lama, ia mungkin menjadi masalah besar. Saya boleh jadi gila. Saya benar-benar tidak menyukainya.

Haihh kesian Jeon So-min..semoga tak jumpa dah dengan lelaki yang macam tu.

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...