Utama Rancangan Hiburan “Saya Kecewa..” – Berbahasa Kasar, Yoo Jaesuk Mohon Maaf Pada Penonton ‘How...

“Saya Kecewa..” – Berbahasa Kasar, Yoo Jaesuk Mohon Maaf Pada Penonton ‘How Do You Play’

yoo jaesuk

Bukan selalu Yoo Jae-suk kalah dan menjadi bahan usikan utama ahli “How Do You Play”.

Dalam episod terbaru program itu, kesemua ahli menyertai misi mencari snek terbaik musim panas. Apabila melihat peta snek yang disediakan, Yoo Jae-suk bertanya,

Ini apa? Sejak bila kita ada si-bbal tteokbokki?

Mendengarkan persoalan itu, Park Jin-joo membetulkan kesalahan lelaki tersebut,

Ianya si-bal (mangkuk) tteokbokki.

Ahli lain kemudian menuduh Yoo Jae-suk sengaja mencarut dalam siaran televisyen,

Terang-terang ianya si-bal, bukan si-bbal (perkataan mencarut).

how do you play

Jelas lelaki itu mempertahankan dirinya,

Ah, mangkuk. Saya tak nampak dengan jelas dari sisi ini. Salah faham sahaja.

Mendengarkan kekecewaan ahli lain,

Bukan macam itu. Dari posisi saya, saya tak nampak kesemuruhan perkataan kerana pantulan cahaya dari luar. Saya minta maaf, saya harap penonton tak salah faham. Saya tak berniat nak menggunakan perkataan itu.

Walau bagaimanapun, ahli “How Do You Play” terus mengusik dan meminta Yoo Jae-suk supaya memohon maaf kerana memanggil tteokbokki dengan carutan.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

SUMBERMoney Today
Loading...