Sepertinya banyak rancangan hiburan Korea yang mengalami masalah populariti sejak kebelakangan ini.
Terbaru, penonton membuka sidang perdebatan di satu laman komuniti popular mengenai rating “How Do You Play” yang jatuh merudum kini. Pernah mencapai rating setinggi 13% dahulu, program MBC itu telah mencapai rating terendah sebanyak 2.9% dalam episod terbarunya.
Sepertinya pelbagai perubahan yang cuba dilakukan seperti mengubah pengarah produksi, membuang ahli seperti Shin Bong-sun dan Jung Jun-ha serta menambah Joo Woo-jae tidak membuahkan hasil.
Malah terdapat pertelingkahan yang mengatakan bahawa konsep “How Do You Play” kini seakan sama dengan “Running Man” di mana mereka bermain permainan dalam satu misi penting pada setiap episod.
Komen penonton,
Saya tak tahu apa tujuan program itu kini.
Rating melambangkan pendapat penonton.
Nampak seperti program murah di YouTube.
Saya rasa pengarahnya yang bermasalah.
Ianya sangat membosankan.
Apa kata korang?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.