Ikuti Kami:

“Saya Kacak Kerana Ibu Bapa Saya” – Lee Dongwook

“Saya Kacak Kerana Ibu Bapa Saya” – Lee Dongwook

Ramai yang pasti bersetuju dengan kenyataan yang mengatakan bahawa Lee Dong-wook ialah antara pelakon lelaki paling kacak di Korea?

Sepertinya lelaki itu turut mengakui bahawa dia mempunyai paras yang menawan apabila menjawab persoalan Meenoi dengan selamba di dalam program ‘Yorizori’ di YouTube baru-baru ini.

Kalau korang nak tahu, program ini memaparkan selebriti duduk berbual selesa menggunakan ayat tidak formal bersama Meenoi sambil menikmati juadah yang disediakan wanita itu.

lee dongwook

Antara soalan yang diajukan oleh Meenoi ialah,

Kenapa awak handsome sangat?

Jawab Lee Dong-wook,

Ini kerana ibu bapa saya melahirkan saya sebegini. Saya berterima kasih buat mereka.

lee dongwook meenoi

Balas Meenoi,

Awak kena berterima kasih kepada mereka selalu.

Dalam pada itu, pengacara wanita itu turut meluahkan rasa terkejut apabila mengetahui Lee Dong-wook sudah pun berusia 42 tahun kini memandangkan wajahnya yang awet muda.

Untung Lee Dong-wook handsome!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...