Ikuti Kami:

“Panggil Je Pak Cik” – Berbual Lebih Sejam, Mesej Lee Dongwook Buat Peminat Jadi Topik Hangat

“Panggil Je Pak Cik” – Berbual Lebih Sejam, Mesej Lee Dongwook Buat Peminat Jadi Topik Hangat

Peminat yang gembira ialah peminat yang dilayan baik dan dihargai oleh idolanya. Betul tak?

Baru-baru ini, agensi King Kong By Starship mengumumkan bahawa Lee Dong-wook, Kim Bum dan Yoo Yeon-seok bakal menyertai platform peminat iaitu UNIVERSE.

Meskipun masih lagi ‘hijau’ dalam aplikasi itu, tapi nampaknya Lee Dong-woo begitu cepat menyesuaikan diri. Malah kesemua mesej yang ditinggalkan buat peminatnya menjadi topik bualan ramai di Korea kini. Nak tahu kenapa?

Katanya, pelakon tersebut kelihatan santai bersembang dengan semua seperti rakan sendiri. Tulisnya,

Buat sahaja apa yang awak mahu. Tiada sebab untuk formal. Kita di sini untuk bergembira. Awak boleh panggil Dong-wook sahaja kalau itu yang awak suka, namun itu bermakna awak setua saya. Awak boleh panggil saya ahjussi (pak cik), oppa (abang) atau pun Dong-wook. Semuanya okay sahaja. Buat yang mana selesa.

lee dongwook

Tambahnya lagi,

Ini agak menyeronokkan, kerana kita dapat berbalas menulis. Seronok dapat merasainya, beruntung kalian masih muda. Cemburunya!

Mesej lain Lee Dong-wook,

Hari ini sangat panas. Seronok kerana hujan sudah berhenti di Seoul, tapi bagaimana keadaan kalian di kawasan selatan? Jangan sakit atau terluka. Jaga diri. Saya harap anda tidak terjejas dek hujan ini.

lee dongwook universe

Menurut laporan, pelakon itu menghabiskan masa lebih sejam berbalas mesej bersama peminat.

Komen netizen,

Mesej Lee Dong-wook seperti: Awak boleh panggil saya ahjussi atau pak cik.

 

Mesej peribadinya sangat kelakar. Akhirnya, dia tetap berlagak seperti pak cik dengan berkata, ‘Seronoknya awak masih muda.’

 

Lee Dong-wook sangat pandai berbalas mesej. Dia sentiasa risaukan peminat.

Nak mesej dengan Lee Dong-wook jugak!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...