Ikuti Kami:

“Saya Jumpa Atlet Judo Sebenar” – Kim Sejeong Kongsi Persiapan Untuk ‘Today’s Webtoon’

“Saya Jumpa Atlet Judo Sebenar” – Kim Sejeong Kongsi Persiapan Untuk ‘Today’s Webtoon’

Selepas “A Business Proposal”, Kim Se-jeong nampaknya telah memilih “Today’s Webtoon” sebagai projek lakonannya yang seterusnya.

Untuk pengetahuan, “Today’s Webtoon” ialah adaptasi dari drama Jepun, mengisahkan tentang seorang atlet judo wanita yang mengalami kesukaran untuk menjadi penyunting webtoon selepas memulakan kerja di sebuah jabatan suntingan webtoon, yang akan menggambarkan sifat kompetitif bidang di Korea Selatan.

Dalam siri ini, Kim Se-jeong akan memainkan watak On Ma-eum, bekas atlet judo yang bergelut untuk menyesuaikan diri dengan tugas baharunya sebagai penyunting webtoon, selepas bersara sebagai atlet akibat kecederaan.

kim sejeong

Ketika temu bual yang dilakukan bersama Kim Se-jeong baru-baru ini, pelakon itu mendedahkan sebab dia memilih untuk membintangi “Today’s Webtoon”. Jelasnya,

Karya ini mengandungi bukan sahaja sisi cerah mimpi, tetapi juga semua proses realistik yang gelap dan tidak glamor. Saya fikir ia menarik untuk menangani kisah sedemikian dari perspektif Ma-eum dan Kim Se-jeong, yang cerah dan positif.

Selain itu, Kim Se-jeong juga membuat perubahan besar dalam penggayaannya untuk melakonkan watak ini, dengan memotong rambutnya menjadi pendek. Ujar Kim Se-jeong mengenai ini,

Terima kasih kepada ini, saya sekali lagi merasakan betapa sukarnya menguruskan rambut pendek.

kim sejeong today's webtoon

Kemudian, pelakon dan idola itu turut berkongsi persiapan yang dia lakukan untuk menjiwai wataknya sebagai bekas atlet judo dan penyunting webtoon. Kongsinya,

Saya meminta nasihat daripada seorang atlet judo sebenar, bertemu dengan penyunting webtoon dan bercakap tentang pelbagai perkara. Saya belajar proses mencipta webtoon. Jadi sekarang, di sebalik cerita, kerja keras penulis dan penyunting untuk mengekalkan tarikh akhir setiap minggu telah menarik perhatian saya. Sila tonton kisah pertumbuhan Ma-eum, yang menuju ke arah impiannya dalam dunia sebenar industri webtoon.

Jangan lupa tonton “Today’s Webtoon” pada 29 Julai ini di Viu dan Viki!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...