Ikuti Kami:

Ada Lee Jongsuk, Kim Sejeong, Tonton 6 K-Drama Akan Tayang Julai Ini

Ada Lee Jongsuk, Kim Sejeong, Tonton 6 K-Drama Akan Tayang Julai Ini

Siap sedia semua untuk K-Drama baharu pada bulan Julai!

Selepas pelbagai drama menarik telah ditayangkan pada beberapa bulan lepas, nampaknya pada bulan Julai ini, akan ada banyak lagi drama Korea baharu yang bakal menemani hari-hari penonton.

Dari pelakon hebat Lee Jong-suk dan Kim Hee-sun, penonton boleh tonton 6 K-Drama ini pada bulan Julai nanti. Jom lihat!

1. REMARRIAGE AND DESIRES

Pelakon utama: Kim Hee-sun, Lee Hyun-wook

Tarikh tayangan: 15 Julai

Platform: Netflix

“Remarriage & Desires” ialah sebuah drama satira realistik mengenai individu yang berimpian untuk mengubah hidup dengan mengahwini pasangan kaya dan mengekalkan status kewangan ataupun menaiki tangga kelas sosial. Menerusi drama ini, penonton akan didedahkan dengan masyarakat yang materialistik selain kisah perkahwinan komoditi.

2. ADAMAS

Pelakon utama: Ji Sung, Lee Soo-kyung, Seo Ji-hye

Tarikh tayangan: 27 Julai

Platform: tvN

“Adamas” merupakan karya yang menggambarkan kisah seorang penjejak kebenaran yang bersaudara kembar, di mana mereka akan membongkar kebenaran daripada kejadian 22 tahun lalu. Mereka akan melawan kejahatan untuk membersihkan tuduhan pembunuhan bapa kandung mereka yang dituduh membunuh bapa tiri mereka.

3. TODAY’S WEBTOON

today's webtoon

Pelakon utama: Kim Se-jeong, Nam Yoon-su

Tarikh tayangan: 29 Julai

Platform: SBS, Viu, Viki

“Today’s Webtoon” ialah adaptasi dari drama Jepun “Sleepeeer Hit!” yang mengisahkan tentang seorang atlet judo wanita On Ma-eum (Kim Se-jeong), yang mengalami kesukaran untuk menjadi penyunting webtoon selepas memulakan kerja di sebuah jabatan suntingan webtoon. Ia akan menggambarkan sifat kompetitif bidang di Korea Selatan.

4. BIG MOUTH

https://youtu.be/aKhK6ouV29c

Pelakon utama: Lee Jong-suk, Yoon-A

Tarikh tayangan: 29 Julai

Platform: MBC, Disney+

“Big Mouth” ialah drama noir yang membawa kisah seorang peguam kelas ketiga, Park Chang-ho (Lee Jong-suk) yang tanpa sengaja mengendalikan sebuah kes pembunuhan yang membuatkannya berubah menjadi penipu dipanggil ‘Big Mouse’ dalam sekelip mata sahaja. Bagi meneruskan kelangsungan hidup dan menyelamatkan keluarganya, dia perlu membongkarkan konspirasi besar dalam kalangan kelas atasan yang berpengaruh. Yoon-A pula akan membawa watak sebagai Go Mi-ho, seorang jururawat dan isteri kepada Park Chang-ho.

5. THE GOOD DETECTIVE 2

jtbc the good detective 2

Pelakon utama: Jang Seung-jo, Son Hyun-joo, Ji Seung-hyun

Tarikh tayangan: TBA

Platform: JTBC

Pada musim pertama, drama ini mempertemukan dua detektif berbeza personaliti iaitu Kang Do-chang (Son Hyun-joo) dan Oh Ji-hyeok (Jang Seung-jo) yang sanggup melakukan apa sahaja bagi membongkarkan jenayah dan mencapai keadilan.

6. TO X WHO DOESN’T LOVE ME

Pelakon utama: Han Ji-hyo, Kim Do-young

Tarikh tayangan: 14 Julai

Platform: TVING, Viu, Iqiyi

“To X Who Doesn’t Love Me” akan menceritakan kisah tentang buku nota ajaib yang boleh membuatkan sesiapa sahaja jatuh cinta dengan seseorang selama sebulan. Do-young akan memainkan watak utama Jung Shi-ho, seorang pelajar kolej yang trauma dengan pengalaman pahit semasa zaman persekolahannya. Sebagai rakan lelaki kepada Seo Hee-soo (Han Ji-hyo), Jung Shi-ho adalah satu-satunya yang mengetahui rahsia buku nota ajaibnya, dan dia menjadi bimbang apabila dia cuba menggunakan buku nota itu untuk memulakan percintaan sebulan.

Jadi, drama mana yang korang paling teruja nak tonton?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...