Ikuti Kami:

“Saya Juga Risau..” – Lee Hyunwook Ulas Ending Mengejut ‘Remarriage & Desires’

“Saya Juga Risau..” – Lee Hyunwook Ulas Ending Mengejut ‘Remarriage & Desires’

Sepertinya ramai yang masih lagi berbincang mengenai siri Netflix “Remarriage & Desires” hingga kini.

Menerusi sebuah temubual rasmi, Lee Hyun-wook yang menjadi hero drama 8 episod itu berkongsi mengenai pelbagai cerita mengenainya.

Ujar Lee Hyun-wook sebab dia memilih drama ini,

Subjek mengenai agensi perkahwinan sangat segar buat saya,dan watak saya tak mati. Saya juga berminat untuk tak mati dan saya tertarik kerana saya membawa watak seorang yang pandai.

netflix remarriage & desires

Kalau anda nak tahu, Lee Hyun-woo sudah terbiasa memainkan watak yang akhirnya mati sebelum ini seperti dalam “Search” dan “Mine” namun dia hidup dalam “Remarriage & Desires”.

Antara sebab siri Netflix ini mendapat perhatian ramai ialah kerana endingnya yang mengejutkan di mana pasangan suami bertukar dari Cha Seok-jin (Park Hoon) ke Lee Hyung-joo (Lee Hyun-wook). Katanya,

Saya agak risau dengan ending yang mengejutkan itu. Sepertinya awak mesti terfikir mereka ingin memberikan ‘twist’ namun pihak produksi banyak berfikir mengenai kesudahannya. Ia mungkin berbeza berdasarkan pandangan penonton tapi saya menyukainya.

lee hyunwook remarriage and desires

Untuk pengetahuan, “Remarriage & Desires” ialah sebuah drama satira realistik mengenai individu yang berimpian untuk mengubah hidup dengan mengahwini pasangan kaya dan mengekalkan status kewangan ataupun menaiki tangga kelas sosial. Menerusi drama ini, penonton akan didedahkan dengan masyarakat yang materialistik selain kisah perkahwinan komoditi.

Korang okay tak dengan endingnya?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...