Ikuti Kami:

[REVIEW] No 8 Dalam Ranking Netflix Global Kini, Penonton Tak Puas Tonton ‘Remarriage & Desires’

[REVIEW] No 8 Dalam Ranking Netflix Global Kini, Penonton Tak Puas Tonton ‘Remarriage & Desires’

Netflix sekali lagi membawa kandungan menarik baru buat semua menerusi “Remarriage & Desires”.

Sinopsis

“Remarriage & Desires” ialah sebuah drama satira realistik mengenai individu yang berimpian untuk mengubah hidup dengan mengahwini pasangan kaya dan mengekalkan status kewangan ataupun menaiki tangga kelas sosial. Menerusi drama ini, penonton akan didedahkan dengan masyarakat yang materialistik selain kisah perkahwinan komoditi.

Pembalasan dendam disulam cinta

[Amaran SPOILER]

Seo Hye-seung (Kim Hye-sun) ternyata ditimpa malang dalam satu malam apabila kehidupannya berubah tragedi dek kematian suami yang misteri. Bukan hanya dicurangi, malah wanita simpanan suaminya, Jin Yoo-hee (Jung Eugene) turut membalikkan jenayah rasuah kepada lelaki itu malah turut menuduh dia merogolnya bagi menutup skandal mereka dari pengetahuan ramai.

netflix remarriage & desires

Kredit foto: Netflix

Terpaksa hidup biasa, takdir Seo Hye-seung kembali berselirat bersama wanita itu apabila mereka bertemu di syarikat mencari jodoh mewah ‘Rex’. Walaupun dipaksa ibu pada awalnya, namun Seo Hye-sung nekad mengejar Jin Yoo-hee bagi membalas dendam dan membongkar kejahatannya.

Satu demi satu kejadian, namun Jin Yoo-hee nyata bukan seorang yang mudah dikalahkan. Dengan kejituan untuk memiliki lelaki kaya sebagai suami selain ‘back up’ dari ayah yang bakal menjadi presiden Korea, wanita itu sanggup melakukan apa sahaja terhadap Seo Hye-sung termasuklah mencederakan anak wanita itu dan kerjayanya.

Dalam mencapai keadilan, Seo Hye-seung turut terselit di antara kemahuan selain perasaan yang mula bercambah buat Lee Hyeong-ju (Lee Hyun-wook), CEO syarikat permainan terbesar di Korea dan kekasih lamanya, Cha Seok-jin (Park Hoon) yang mahukan wanita itu semula.

netflix remarriage & desires

Kredit foto: Netflix

Bukan itu sahaja, CEO ‘REX’ iaitu Choi Yoo-sun turut mempunyai muslihat tersendiri dalam mengawal kesemua kliennya yang kaya bagi mencapai impiannya selama ini.

Plot jadi persoalan

Drama pembalasan dendam ternyata merupakan antara genre yang sering disukai peminat K-Drama. Pun begitu, terdapat beberapa kritikan yang dilemparkan oleh penonton selepas menonton “Remarriage & Desires” disebabkan ‘lubang plot’ yang menimbulkan persoalan.

Antaranya ialah proses pembalasan dendam Seo Hye-sung yang ‘slow’ dan memakan beberapa episod sebelum ianya berjalan. Malah wanita itu kelihatan lemah kerana sering diselamatkan oleh dua jejaka lain iaitu Cha Seok-jin dan Lee Hyung-joo.

netflix remarriage & desires

Kredit foto: Netflix

Malah ada penonton yang tidak dapat memahami bagaimana Seo Hye-seung boleh jatuh cinta dengan Lee Hyung-joo kerana merkea secara tiba-tiba mempunyai perasaan dalam beberapa episod terakhir.

Popular kini

Kalau anda perasan, jarang kan Netflix membawa K-Drama yang bertemakan pembalasan dendam dan cinta kan? Namun sepertinya percaturan mereka berjaya apabila siri 8 episod ini berjaya menduduki tangga ke-8 dalam ranking Netflix Global kini selepas 2 hari tayangan.

Malah ia turut tersenarai tinggi di beberapa negara seperti Jepun, Korea Selatan, Hong Kong, Indonesia, Singapura, Thailand, Taiwan, Vietnam, Mauritus, Nigeria dan semestinya Malaysia.

Korang dah layan belum?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...