Meskipun hanya kenal beberapa bulan kerana drama “Thirty, Nine”, nampaknya Son Ye-jin, Jeon Mi-do dan Kim Ji-hyun telah membina hubungan yang rapat antara satu sama lain.
Dalam sebuah temubual baru-baru ini, Jeon Mi-do sempat berkongsi mengenai suasan perkahwinan Son Ye-jin dan Hyunbin dan bagaimana dia tidak mampu mengawal perasaan apabila melihat rakannya itu yang bakal berkahwin.
Saya memasuki bilik menunggu pengantin perempuan bersama Joo-hee (Kim Ji-hyun), dan kami berdua menangis. Ianya seperti menghantar rakan sejak daripada sekolah menengah pergi ke rumah suaminya. Peliknya, saya terasa mahu menangis melihat dia berpakaian pengantin. Mungkin kerana saya mahu melihat Mi-jo berkahwin di dalam drama itu. Mungkin sebab itu. Melihatkan kami yang menangis, Son Ye-jin tergelak dan bertanya, ‘Mengapa awak menangis?’.
Jelas Jeon Mi-do lagi, disebabkan mereka sebaya, jadi lebih mudah untuk mereka bekerjasama dan menjadi rapat.
Bestnya bila dapat rakan rapat seperti mereka.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.