Ikuti Kami:

Ending Pahit Manis, Episod Akhir ‘Thirty, Nine’ Catat Rating Tertinggi

Ending Pahit Manis, Episod Akhir ‘Thirty, Nine’ Catat Rating Tertinggi

Selepas 12 episod bermain dengan perasaan penonton, akhirnya “Thirty, Nine” menamatkan siarannya kelmarin.

Dari bertiga ke berdua

[Amaran SPOILER]

Tiada sebarang perubahan, penonton hiba dan tidak dapat menahan air mata apabila Jung Chan-young menemui ajalnya semasa separuh pertama episod akhir ini. Selebihnya daripada tayangan ini, penonton dibawa melihat kehidupan setiap individu di sekeliling mendiang yang terpaksa meneruskan hidup mereka.

ending thirty nine

Meskipun terus bersedih dan terkesan dengan pemergian Jung Chan-young, Jang Joo-hee dan Cha Mi-jo terus memperingati rakan baik mereka itu. Ada kalanya terasa kosong, namun kesemuanya berjaya melalui fasa yang meruntun jiwa itu.

Bukan sahaja Cha Mi-jo yang sedang sibuk dengan persiapan perkahwinan bersama Kim Sun-woo, malah wanita itu turut mengambil seorang anak angkat untuk dibawa tinggal bersama mereka. Jang Jo-hee juga menemui bahagia apabila dia berjaya membuka Kedai Seni Kuku sendiri yang berhadapan dengan kekasihnya kini, Hyun-joon. Buat Kim Jin-seok pula, dia terus tinggal di rumah Jung Chan-young dan menjalani kehidupan bersama sisa memori yang ditinggalkan wanita itu.

ending thirty nine

Rating tinggi

Kalau anda nak tahu, “Thirty, Nine” merupakan antara naskhah yang digelar sebagai ‘penyelamat’ JTBC memandangkan rekod rating baik yang dicatatkan sepanjang tayangannya.

Memaparkan prestasi yang baik, episod terakhir drama melodrama ini terus mencipta rekod baru apabila ianya berjaya meraih rating tertinggi iaitu 8.1%.

Walaupun dipenuhi air mata, “Thirty, Nine” pastinya akan diingati ramai. Bagaimana dengan pendapat anda?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...