Ikuti Kami:

“Saya Jemput Dia..” – Taeyang Kongsi Bagaimana Kolaborasi Bersama Jimin BTS Berlaku

“Saya Jemput Dia..” – Taeyang Kongsi Bagaimana Kolaborasi Bersama Jimin BTS Berlaku

Akhirnya, lagu “VIBE” nyanyian Taeyang berkolaborasi dengan Ji-min BTS telah dilancarkan!

Terbaru pada 13 Januari, Taeyang telah melakukan siaran langsung kira-kira sejam sebelum lagu barunya “Vibe” dikeluarkan. Menerusi siaran, penyanyi itu berkongsi sedikit sebanyak mengenai lagu tersebut dan menceritakan tentang bagaimana dia boleh berkolaborasi dengan Ji-min BTS.

Pada awalnya, Taeyang menyapa peminatnya dengan berkata,

Saya sangat merindui anda semua. Sudah lama saya tidak menyapa anda seperti ini. Ini adalah kali pertama dalam kira-kira 6 tahun saya mengeluarkan muzik solo baru, sejak album ke-3 saya keluar pada 2017. Jadi, saya agak gementar.

Kemudian, ahli BIGBANG itu ditanya bagaimana dia boleh bekerjasama dengan Ji-min untuk lagu “VIBE” ini. Taeyang menjelaskan,

2 tahun lalu, ahli BTS tidak begitu aktif secara solo seperti sekarang. Ketika sedang bekerja untuk muzik ini, Teddy hyung (CEO The Black Label) berkata pada saya ‘Sekarang adalah masa yang tepat untuk awak dan Ji-min mengeluarkan lagu yang bagus. Semua orang akan menyukainya’. Saya sebenarnya terkejut. Saya tak pernah terfikir tentang perkara seperti itu sebelum ini.

taeyang jimin vibe

Sambungnya lagi,

Saya tidak pernah meminta orang untuk tampil dalam muzik saya sebelum ini jadi, ia agak sukar untuk saya melakukannya. Tahun lepas, saya dijemput ke beberapa acara dan saya dapat bertemu dengan ahli BTS. Saya akhirnya bertemu dengan Ji-min dan semasa kami berborak, kami secara semula jadi bercakap tentang betapa bagusnya sekiranya dapat menghasilkan muzik bersama-sama. Dari situ, saya jemput dia ke studio untuk mengerjakan lagu ‘VIBE’ ini.

Selain itu, Taeyang juga turut mendedahkan pengalamannya bekerja dengan Ji-min untuk penggambaran muzik video lagu berkenaan. Kongsinya,

Kami mula melakukan penggambaran gambar terlebih dahulu dan hasilnya melebihi jangkaan kami. Jadi, kami sangat berpuas hati. Kami berdua kelihatan seperti duo hip-hop klasik.

Jom dengarkan lagu “VIBE” di atas!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...