Penonton setia “King The Land” pastinya menyokong hubungan romantik antara Yoon-a dan Jun-ho kan?
Dalam temubual bersama JTBC ‘Newsroom’, ahli 2PM itu telah merungkai sedikit sebanyak persoalan mengenai hubungan bersama Yoon-a sepanjang mereka bekerjasama untuk drama berkenaan.
Menurutnya, dia sudah lama berkawan rapat dengan wanita itu namun “King The Land” adalah projek pertama di mana mereka berlakon bersama.
Apabila ditanya perasaan berlakon bersama pelakon sebaya, ulasnya,
Kerana kami memiliki hubungan sebegitu, saya ingin tahu bagaimana kombinasi hubungan kami. Selepas berjumpa dan menjalani penggambaran bersama, saya mempelajari bahawa tempoh aktif bersama dahulu sangat membantu. Pertama kali bekerjasama sebagai pelakon, kami dapat melihat sisi profesional masing-masing.
Ujarnya lagi, mereka sukar untuk menahan ketawa ketika di set penggambaran kerana suasana yang sangat menyeronokkan dalam setiap babak.
Jawabnya mengenai kemungkinan memiliki hubungan romantik sebenar bersama Yoon-a, jawab Jun-ho,
Semasa mendalami watak ketika proses penggambaran, saya tiada pilihan selain jatuh cinta pada Cheon Sa-rang. Senyuman Yoon-a juga sangat menawan. Disebabkan saya perlu selami jiwa Gu Won, saya juga sedang menyesuaikan diri dengan proses jatuh cinta.
Dalam pada itu, Jun-ho juga mendedahkan bahawa penonton dapat melihat perubahan di antara hubungan Sa-rang dan Gu Won dalam separuh kedua “King The Land”. Bukan itu sahaja, watak lelaki itu juga menyaksikan sedikit perubahan.
Macam ada potensi untuk kapal Yoona-Junho belayar ni..
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉