Pada awal minggu ini, industri hiburan Korea dikejutkan dengan gosip cinta antara Lee Jun-ho dan Yoon-a.
Sedang berlakon bersama dalam “King The Land”, kedua-duanya bagaimanapun menafikan berita tersebut dan menjelaskan bahawa mereka sudah berkawan lama dan rapat sebagai teman baik sahaja.
Walau bagaimanapun, netizen mula mengatakan bahawa bahawa khabar angin percintaan itu sebenarnya ditiup sendiri oleh pihak pemasaran “King The Land” bagi memanipulasi reaksi penonton.
Namun begitu, segelintir penonton menidakkan dakwaan tersebut memandangkan rating drama berkenaan sudah pun tinggi iaitu 12% lantas pihak “King The Land” tidak perlu publisiti murahan sedemikian bagi kekal relevan.
Apa pun, meski terdapat banyak kemungkinan namun tiada yang boleh dikatakan sebagai benar dek ianya dibangkitkan menerusi spekulasi semua.
Apa kata korang?
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉