Ikuti Kami:

“Patut Orang Ingat Bercinta” – Yoona & Junho Berpeluk & Intim Di Belakang Tabir ‘King The Land’

“Patut Orang Ingat Bercinta” – Yoona & Junho Berpeluk & Intim Di Belakang Tabir ‘King The Land’

Selepas timbul gosip cinta antara mereka, ramai yang mula memerhatikan gerak geri antara Yoon-a dan Lee Jun-ho di sebalik penggambaran “King The Land”.

Terbaru, sedutan belakang tabir episod ke-5 dan ke-6 drama itu telah dimuat naik di saluran YouTube ‘JTBC Drama’.

Dalam babak itu, Lee Jun-ho dilihat berlatih babak di mana dia datang menyelamatkan Yoon-a yang terperangkap di dalam hutan dalam.

Semasa berlatih, lelaki itu membuat semua orang ketawa apabila cuba berlatih menjerit kerana terkejut. Kemudian, dia turut memujuk Yoon-a selepas bersatu di gaung. Keduanya menarik perhatian ramai, apabila mereka beraksi intim seperti mencubit pipi dan memeluk satu sama lain.

Selepas penggambaran itu, kata Yoon-a,

Saya hampir terjatuh.

Balas Lee Jun-ho dengan sweet,

Saya tak akan bagi awak jatuh.

junho yoona

Komen penonton,

Gosip cinta ini tersebar sebab mereka serasi sangat.

 

Seronoklah suasana penggambaran.

 

Best tengok mereka bergembira di set.

Sebelum ini, Lee Jun-ho dan Yoon-a dikhabarkan bercinta sejak sebelum penggambaran “King The Land”.

Padan kan?

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...