Ikuti Kami:

Gosip Cinta Lee Junho & Yoona Tiba-Tiba Tular, Pesaing Drama Dituduh Main Taktik Kotor?

Gosip Cinta Lee Junho & Yoona Tiba-Tiba Tular, Pesaing Drama Dituduh Main Taktik Kotor?

Sehingga ke hari ini, masih ramai lagi yang bersembang mengenai khabar angin percintaan antara Lee Jun-ho dan Yoon-a.

Dikatakan bercinta sejak sebelum berlakon bersama dalam “King The Land”, namun dakwaan itu disangkal dengan pantas oleh SM Entertainment dan JYP Entertainment dan mengatakan gosip itu tidak benar.

Meskipun memiliki hubungan yang rapat kerana sama-sama aktif sebagai idola pada 2009, mereka juga sering menyertai program hiburan sebagai tetamu. Dalam pada itu, kesemua ahli kumpulan 2PM dan Girls’ Generation turut memiliki hubungan yang akrab.

Memang rapat

Walau bagaimanapun, rata-rata meluahkan rasa sangsi dengan khabar angin berkenaan apabila sebuah laman media Korea yang kurang terkenal melaporkan mengenai berita itu iaitu Proof News di mana ia mula beroperasi dari Mac 2023. Oleh itu, kebanyakan peminat membangkitkan spekulasi di mana media itu sengaja menyebarkan berita palsu bagi mendapatkan perhatian.

yoona junho

Bukan itu sahaja, peminat di Twitter turut mengatakan bahawa stesen penyiaran adalah pelabur utama buat Proof News. Sebagai stesen penyiaran kebangsaan yang terkenal dengan pelbagai drama popular, mereka sering mendapat saingan hebat dari saluran kabel seperti tvN dan JTBC.

Taktik kotor pesaing

Bukan itu sahaja, rating “King The Land” sedang menaik dengan secara berterusan pada saban episod. Lantas, netizen menganggap bahawa stesen berkenaan mungkin menggunakan pengaruh mereka untuk menggugat pihak lawan.

Bukan itu sahaja, gosip cinta Yoon-a dan Jun-ho disebarkan pada pagi Isnin iaitu selepas tayangan “King The Land” pada hari Ahad yang buat pertama kali meraih rating dua angka. Sekaligus berita gosip cinta antara Yoon-a dan Lee Jun-ho ini nyata mengaburi kejayaan yang dicapai drama berkenaan.

king the land

Apa pun, beberapa faktor ini membawa spekulasi bahawa gosip cinta itu sebenarnya tipu helah stesen penyiaran yang bermain secara kotor bagi menaikkan drama di bawah mereka.

Hmmm.. sekadar sangkaan sahaja..

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...