Ikuti Kami:

“Saya Jadi Lebih Yakin” – Ahn Hyoseop Kongsi Persiapan Watak Dalam ‘A Business Proposal’

“Saya Jadi Lebih Yakin” – Ahn Hyoseop Kongsi Persiapan Watak Dalam ‘A Business Proposal’

Ada tak yang dah rindu dengan Kang Tae-moo?

Selepas tamat dengan jayanya, Ahn Hyo-seop telah berborak mengenai wataknya dalam drama “A Business Proposal”. Berikutan persiapannya untuk memainkan watak Kang Tae-moo dalam drama itu, Ahn Hyo-seop mengulas,

Tanggapan pertama yang saya dapat daripadanya ialah dia ‘surreal’. Saya berfikir keras tentang bagaimana untuk menyatakan watak yang tidak realistik ini secara realistik, yang kelihatan seperti dia baru muncul daripada kartun. Jika saya hanya memberi tumpuan kepada sisi yang tidak realistik ini, saya akan kehilangan banyak daya tarikannya yang ‘pandai dalam banyak perkara’. Jadi saya bertindak memikirkan bahawa seseorang seperti Tae-moo wujud di suatu tempat di dunia ini.

Setelah itu, Ahn Hyo-seop juga memuji rakan pelakonnya Kim Se-jeong, Kim Min-kyu, dan Seol In-ah. Dia berkata,

Kesimpulannya, itu adalah kebahagiaan yang tulen. Mereka semua sangat bertimbang rasa sehingga kami dapat menyelesaikan projek ini sambil mempertimbangkan pendapat orang lain terlebih dahulu.

ahn hyoseop a business proposal

Kemudian, Ahn Hyo-seop turut berkongsi dua episod yang dia tidak dapat lupakan iaitu adegan di mana Encik Gye membuat tembakan bom dan adegan di mana Tae-moo mencium Ha-ri kerana dia sangat mengambil berat soal traumanya dengan hujan. Dia turut menjelaskan,

Saya mendapat banyak keyakinan semasa memainkan watak Kang Tae-moo. Saya menjadi lebih yakin dengan cerita yang ingin saya ceritakan.

Dalam pada itu, Ahn Hyo-seop juga telah memulakan penggambaran dramanya yang seterusnya “A Time Called You” bersama Jeon Yeo-been, pembuatan semula bagi drama Taiwan “Someday or One Day”. Dia mengulas,

Saya kebanyakannya memainkan peranan yang kacak dan adil. Tetapi saya juga ingin mencuba memainkan watak penjahat atau watak yang memalukan. Selain itu, saya sentiasa ingin mencuba drama remaja. Jadi saya gembira dapat menjadi sebahagian daripada ‘A Time Called You’ sebelum saya terlalu tua. Seronoknya dapat pakai baju sekolah.

ahn hyoseop

Drama lakonan Ahn Hyo-seop yang mana korang paling suka?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...