Ikuti Kami:

Bikin Teruja, Ahn Hyoseop & Jeon Yeobeen Dilihat Jalani Penggambaran ‘A Time Called You’

Bikin Teruja, Ahn Hyoseop & Jeon Yeobeen Dilihat Jalani Penggambaran ‘A Time Called You’

Drama “A Business Proposal” baru sahaja tamat, Ahn Hyo-seop kini nampaknya sibuk menjalani penggambaran bagi dramanya yang seterusnya.

Pada 6 April, peneraju utama “A Time Called You” Ahn Hyo-seop, Jeon Yeo-been dan Kang Hoon dilihat sedang menjalani penggambaran bagi drama tersebut. Menambah keterujaan penonton kerana naskhah ini merupakan ciptaan semula dari drama popular Taiwan “Some Day or One Day”, yang mempunyai jalan cerita yang menarik.

Untuk pengetahuan, “A Time Called You” mengisahkan tentang seorang wanita bernama Jun-hee (Jeon Yeo-been), yang berhadapan dengan kehilangan teman lelakinya walaupun selepas setahun berlalu. Pada suatu hari, dia mendapati dirinya tersesat kembali pada tahun 1998, dan bertemu dengan Si-heon (Ahn Hyo-seop), seorang lelaki muda yang kelihatan sama seperti teman lelakinya yang telah meninggal dunia.

Meskipun tarikh tayangan rasmi bagi “A Time Called You” masih belum diumumkan namun, telah dilaporkan bahawa ianya akan dikeluarkan di Netflix dalam masa terdekat. Sama-sama kita nantikan.

Wah! Sibuk betul Ahn Hyo-seop sekarang.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...