Ikuti Kami:

Ahn Hyoseop, Jeon Yeobin & Kang Hoon Sah Terajui Drama Remake Taiwan ‘Some Day Or One Day’

Ahn Hyoseop, Jeon Yeobin & Kang Hoon Sah Terajui Drama Remake Taiwan ‘Some Day Or One Day’

Ahn Hyo-seop, Jeon Yeo-bin, dan Kang Hoon telah disahkan membintangi drama “A Time Called You” pembuatan semula siri popular Taiwan, “Some Day or One Day”.

“A Time Called You” mengisahkan tentang seorang wanita bernama Jun-hee, yang berhadapan dengan kehilangan teman lelakinya walaupun selepas setahun berlalu. Pada suatu hari, dia mendapati dirinya tersesat kembali pada tahun 1998, dan bertemu dengan Si-heon, seorang lelaki muda yang kelihatan sama seperti teman lelakinya yang telah meninggal dunia.

Ahn Hyo-seop akan memegang dua watak iaitu Yeon-joon, arwah kekasih Jun-hee, dan Si-heon, seorang lelaki muda yang tinggal pada tahun 1998. Begitu juga dengan Jeon Yeo-bin, dia juga akan memegang dua watak berbeza sebagai Jun-hee dan Min-joo. Apabila Jun-hee mendapati dirinya tersesat ke masa lalu, dia memasuki tubuh seorang gadis lain bernama Min-joo dan tinggal dalam kehidupannya. Akhirnya, pelakon Kang Hoon dari “The Red Sleeve” akan memegang watak In-kyu, kawan baik Si-heon yang juga menyayangi Jun-hee.

ahn hyoseop jeon yeobin kang hoon

Diarahkan oleh Kim Jin-won, “A Time Called You” akan ditayangkan di Netflix dalam masa terdekat. Sama-sama kita nantikan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...