Meskipun menerima tentangan ramai, namun Jennie BLACKPINK yakin dengan produksi siri “The Idol”.
Dalam sebuah temubual eksklusif bersama Women’s Wear Daily, idola itu bercerita dengan lebih lanjut mengenai hubungan bersama pelakon Lily-Rose Depp dan pengarah Sam Levinson.
Kongsinya mengenai cara mendalami watak pertamanya itu,
Ia nyata merupakan satu cabaran, sebab saya tak pernah melalui pengalaman seperti ini, Bagi saya, seperti menembusi satu tembok.
Tanbahnya meluahkan perasaan terima kasih buat Lily-Rose Depp,
Dia mengajar saya untuk mengekspresikan diri dan selesa dengan diri sendiri, jangan berasa takut.
Dalam temubual yang sama, Jennie turut memberikan pendapat mengenai kerisauan penonton tentang kandungan provokatif “The Idol” dan digelar sebagai ‘jelek’. Katanya, dia mempercayai pengarah dan kolaborasi mereka sepenuh hati,
Saya teruja apabila mengetahui ia mengenai industri muzik dan saya merasakan boleh menyumbangkan sesuatu buat watak itu. Ia adalah peluang untuk menjadi diri sendiri dan berani. Saya tak berlatih pun, atau bersedia. Sam mahu saya menjadi diri sendiri.
Untuk pengetahuan, “The Idol” diterajui oleh Lily-Rose Depp dan The Weeknd manakala Jennie pula membawa watak sebagai Dyanne iaitu seorang penari latar yang berimpian tinggi.
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉