Utama K-Pop “L*ncap Dengan Kiub Ais” – Lakonan Pertama Jennie BP, Netizen Jelik Baca...

“L*ncap Dengan Kiub Ais” – Lakonan Pertama Jennie BP, Netizen Jelik Baca Reviu Episod Awal ‘The Idol’

jennie the idol

Sepertinya siri “The Idol” lakonan Jennie terus menerima reviu buruk dari outlet media sehingga kini.

Terbaru, siri berkenaan yang turut dibintangi Lily Rose Depp, The Weeknd, Troye Sivan dan lain-lain telah dijemput untuk tayangan perdana di Festival Filem Antarabangsa Cannes.

Menerima tepukan gemuruh selama 5 minit selepas tayangan pertama berkenaan, sudah semestinya ramai ternanti-nanti reviu mengenai siri ini.

Selepas sahaja tayangan di festival filem itu, outlet media ‘The Variety’ telah menyimpulkan sedikit plot utama di dalam dua episod awal “The Idol”. Dan nyata ia mengejutkan semua,

Foto pembalasan dendam lucah dengan cecair badan pada wajah Lily Rose Depp, melan*ap dengan kiub ais, penipu yang memiliki kelab malam, tukang kipas Hollywood memenuhi dua episod awal ‘The Idol’ dari Sam Levinson.

Dek ciapan yang ‘mengundang’ itu, ianya turut tular di serata laman komuniti Korea di mana ramai meluahkan rasa jijik kerana babak seksual yang memenuhi siri berkenaan meskipun baru di awal episod.

jennie cannes

Kata mereka,

Jennie muncul dalam ni? Kenapa?

 

Eww.. geli.

 

Saya dengar pengarah dan plot siri ini ditukar sepenuhnya, jadi para pelakon sepertinya ditipu.

 

Sebabkan ini, saya tak boleh dengar muzik The Weeknd lagi. Tak selesa betul..

 

Mereka ada perut yang kuat.

 

Saya nak termuntah..

 

Cerita apa ni? Gila ke?

 

Risau dengar plot “The Idol”..

 

Baca sinopsis pun dah rasa kotor..

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

SUMBERThe Qoo
Loading...