Ikuti Kami:

“Saya Jadi Cemas & Takut” – Terpalit Kontroversi Guna Barangan ‘Ciplak’, Song Jia Tampil Luah Perasaan Sebenar

“Saya Jadi Cemas & Takut” – Terpalit Kontroversi Guna Barangan ‘Ciplak’, Song Jia Tampil Luah Perasaan Sebenar

Song Ji-a yang dikenali ramai selepas kemunculannya di dalam rancangan “Single’s Inferno” musim pertama telah meluahkan perasaannya selepas terpalit dengan kontroversi guna barang tiruan.

Pada 5 Februari, Song Ji-a ataupun lebih dikenali sebagai Freezia telah muncul sebagai tetamu di dalam rancangan “Escape”.

Di mana dalam rancangan tersebut dia telah meluahkan perasaannya selepas terpalit di dalam kontroversi mengenai penggunaan barangan tiruan.

Katanya,

Selepas isu tersebut tersebar, saya cuba tunjukkan yang saya baik-baik sahaja di hadapan ibu bapa saya dan saya juga tak pernah menangis di hadapan mereka. Namun ianya sangat sukar.

song-jia-mbc

Tambahnya,

Saya jadi takut untuk bergaul dengan orang lain dan saya hanya bercakap dengan kedua ibu bapa saya sahaja. Sampai saya rasa cemas dan takut jika saya tidak bercakap atau telefon mereka.

Adunya lagi,

Masa isu itu tular, semua percakapan saya diputar belitkan dan berita palsu semakin tersebar. Saya dah cuba yang terbaik untuk jelaskan bahawa ianya tidak benar namun isu itu jadi semakin serius. Jadi saya buat keputusan untuk abaikan sahaja apa yang orang kata kerana semua khabar angin yang mereka sebarkan itu adalah palsu.

Kesian Song Ji-a kan..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...