Ikuti Kami:

“Dah Melebihi Batas” – Peserta ‘Single’s Inferno 3’ Dikecam Ramai Dek Komen Tak Hormat Pada Wanita

“Dah Melebihi Batas” – Peserta ‘Single’s Inferno 3’ Dikecam Ramai Dek Komen Tak Hormat Pada Wanita

Eh apa jadi ni?

Tular baru-baru ini peserta “Single’s Inferno 3” dikecam atas komen ‘tidak hormat’nya terhadap peserta wanita dalam rancangan tersebut.

Pada awalnya, atlet Lee Gwan-hee adalah peserta kegemaran peminat rancangan tersebut disebabkan oleh daya tarikan dan penampilannya yang menarik.

Namun, Gwan-hee telah dikecam oleh netizen, peserta lain dan juga hos kerana tingkah lakunya yang ‘tidak hormat’ terhadap peserta wanita.

Dalam episod terkini, Gwan-hee mendedahkan bahawa ada tiga gadis yang menarik minatnya. Tidak mengejutkan apabila peserta lain, iaitu Ha-bin ingin tahu siapa ketiga-tiga gadis tersebut.

Gwan-hee kemudian memberikan jawapan tetapi dia mengejutkan peminat dan peserta apabila hanya berkata,

Tiga wanita itu adalah dia, dia dan dia.

gwanhee

Peserta lain yang sedang terkejut telah meminta Gwan-hee untuk mengulanginya semula. Namun, tanpa sebarang rasa bersalah, dia telah berkata dengan nada yang serupa,

Kedua-dua ini dan yang ini.

Berasa bengang, Ha-bin telah menegur perbuatan Gwan-hee tersebut dengan berkata,

Mereka semua mempunyai nama.

Dalam masa yang sama, para hos juga tidak menjangkakan perbuatan Gwan-hee dan salah seorang hos, iaitu Kyu-hyun SUPER JUNIOR berkata,

Dia dah melampaui batas.

Malah, kesemua peserta wanita yang pada mulanya meminati atlet tersebut juga telah berasa tersinggung dan mengecam perbuatan Gwan-hee.

Tidak berhenti di situ, video Gwan-hee juga telah tular di media sosial dan ianya telah menerima kecaman daripada netizen yang rata-ratanya marah akan tingkah laku atlet tersebut.

Apa pendapat korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...