Ikuti Kami:

“Saya Insomnia…” – Girls’ Generation Kongsi Sebab Perlu 5 Tahun Hiatus

“Saya Insomnia…” – Girls’ Generation Kongsi Sebab Perlu 5 Tahun Hiatus

Bagi yang mengikuti perkembangan episod Soshi Tamtam, pastinya korang turut bersedih dengan episod terbaru kan? Katanya, Girls’ Generation masing berkongsi mengenai pengalaman mereka sepanjang karier berlangsung.

Dalam episod kali ini, mereka dibahagi secara berpasangan untuk meluangkan masa bersama. Sedutan pasangan yang paling mendapat perhatian adalah Tiffany dan Sunny. Kenapa agaknya?tiffany sunnyKali ini, Tiffany dan Sunny meluangkan masa bersama di suatu restoran berdekatan dengan Sungai Han. Sewaktu mereka makan bersama, Sunny berkata,

Saya tidak boleh minum kopi. Saya menghadapi insomnia sewaktu kami membuat promosi dahulu. Kami selalu minum air minuman bertenaga untuk mengekalkan tenaga sewaktu promosi. Saya mula merasakan kesannya sekarang. Jantung saya berdegup laju, saya tidak boleh tidur dan tangan saya menggigil tiap malam. 

Tiffany meluahkan rasa bimbangnya mengenai kesihatan mental Sunny dek kerana dia sering mempamerkan personaliti ceria dan bebas. Dia bertanya Sunny bagaimana keadaannya sekarang dan turut berjanji untuk saling membantu menjaga kesihatan mentalnya sambil membawanya berjalan-jalan.

tiffanyTiffany turut berkata,

Kami melancarkan album dan mengadakan konsert jelajah untuk ulang tahun ke-10 kerana kami hanya ingin melakukan apa sahaja yang kami mahukan. Ini adalah masa untuk kami mengimbangi antara keinginan dan kerjaya. Bila kami mula bersatu semula, saya rasa kami semua makin bertambah baik sebagai seorang individu dan makin sihat secara mental dan fizikal.

tiffanyDia turut menambah,

Tipulah kalau saya kata, saya tidak khuatir namun, melihat bagaimana kita bersatu semula, saya mula nampak kebaikkan daripada hiatus kami dahulu. Sepanjang 5 tahun tersebut, kami dapat fokus kepada diri sendiri dan melakukan apa sahaja yang kami mahukan.

Perbualan Tiffany dan Sunny ditayangkan semula kepada ahli-ahli lain dan mereka semua mula beremosi, malah ada yang turut mengalirkan air mata. ggAda bagusnya kan hiatus dorang? Happy dah masing-masing!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...