Ikuti Kami:

“Saya Ingin Beri Anugerah Utama Pada Ji Sukjin, Dia Nampak Kecewa..” – Kim Jongkook

“Saya Ingin Beri Anugerah Utama Pada Ji Sukjin, Dia Nampak Kecewa..” – Kim Jongkook

Baru-baru ini, video di sebalik tabir Anugerah Hiburan SBS 2022 telah didedahkan dalam program “Dolsing Fourmen” yang disiarkan pada 27 Disember.

Untuk pengetahuan, Yoo Jae-suk telah berjaya memenangi Anugerah Utama ataupun ‘Daesang’ di majlis berprestij tersebut.

Dalam video di sebalik tabir, ahli “Dolsing Fourmen” dilihat berkumpul di ruang menunggu dan berkongsi rasa teruja mereka kerana Lee Sang-min dan Tak Jae-hoon telah dicalonkan untuk Anugerah Daesang. Lee Sang-min berkongsi perasaannya,

Saya juga seorang manusia. Saya menyediakan ucapan penerimaan semasa saya menerima pencalonan untuk Anugerah Hiburan, dan saya mengulanginya dalam fikiran saya. Walaupun saya tahu saya tidak akan memenanginya.

Kemudian, Kim Jong-kook, Kim Jong-min dan Ha Kyung-wan turut sertai ahli “Dolsing Fourmen” di ruang menunggu dan memberikan ramalan mereka tentang siapa yang akan menerima Anugerah Utama itu nanti. Memberi sokongan buat Ji Suk-jin, Kim Jong-kook menyuarakan pendapatnya,

Saya ingin memberi Daesang kepada Ji Suk-jin. Dia benar-benar kecewa, dan saya dapat melihatnya.

kim jongkook ji sukjin

Shin Dong-yeop menambah,

Suk-jin hyung layak menerima Hadiah Utama. Dia telah berada di ‘Running Man’ untuk masa yang lama. Dia patut diberi ganjaran atas sumbangannya. Dia cukup baik untuk menerimanya, tetapi ia agak…saya tidak tahu mengapa.

Mungkin bukan rezeki Ji Suk-jin kali ini..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...