Ikuti Kami:

“Saya Ingin Berehat..” – Yoo Jaesuk Ulas Tentang Persaraan

“Saya Ingin Berehat..” – Yoo Jaesuk Ulas Tentang Persaraan

Tidak dapat disangkal bahawa Yoo Jae-suk merupakan pengacara yang tidak akan ada pengganti dalam hiburan Korea selamanya.

Terbaru, lelaki itu berkongsi mengenai pelbagai perkara mengenai kerjayanya dalam episod khas episod podcast ke-400 ‘Secret Guarantee Song Eun-yi dan Kim Sook).

Antara soalan yang ditanya penonton,

Kim Sook selalu mengatakan bahawa dia mahu berehat daripada bidang penyiaran tapi saya tak boleh membayangkan stesen penyiaran tanpa Yoo Jae-suk. Pernah tak awak terfikir untuk berehat seketika?

song eunyi kim sook

Balas lelaki itu,

Sata tak pernah terfikir ingin berehat sementara. Kalau saya terfikir ingin berehat atau berhenti seketika, maknanya itu ialah persaraan.

Tanya Song Eun-yi sama ada dia ingin berlari sebaiknya hingga ke akhir, balas Yoo Jae-suk,

Saya tetap berfikiran sama dulu dan kini, saya akan melakukannya semampu boleh.

yoo jaesuk

Jelas ahli “Running Man” itu, pasti fizikalnya akan mengalami had suatu hari nanti sebaik mana pun dia menjaga kesihatan.

Semoga Yoo Jae-suk aktif selamanya.

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...