“Awak Bercinta Dengan Song Jihyo Kan?” – Yoo Jaesuk Minta Jawapan Sebenar Dari Kim Jongkook
- oleh irsa
- 3 tahuns lalu
Walaupun sudah lama bermain tarik tali, namun ramai yang masih tertanya-tanya mengenai status hubungan Song Ji-hyo dan Kim Jong-kook.
Artikel Berkaitan
Menerusi episod istimewa “GYM Jongkook” di mana mereka ‘merempuh’ rakaman rancangan Yoo Jae-suk iaitu “Pinggyego”, Kim Jong-kook dan Ji Suk-jin bercerita lebih mengenai kehidupan mereka.
Antara soalan ‘panas’ yang ditanya ialah mengenai kehidupan percintaan lelaki berbadan sasa itu. Tanya Yoo Jae-suk berani,
Awak dengan Song Ji-hyo ke tak?

Tersenyum sinis, celah Ji Suk-jin,
Bukan Song Ji-hyo.
Usik Yoo Jae-suk,
Saya menggadaikan nyawa untuk bertanya soalan ini.

Ji Suk-jin kemudiannya mengambil kesempatan bagi menghabiskan topik ini,
Dengarkan dengan lebih lanjut mengenai soalan ini dalam episod ‘Ji Suk-jin’s World’.
Pandailah masing-masing ‘goreng’ cerita.
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉
Komen
PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




