Rasanya ramai yang menantikan Kim Jong-kook menamatkan zaman bujangnya.

Terbaru, lelaki berbadan sasa itu menjawab persoalan berkenaan dalam rancangan “Pinggyego” di saluran “DdeunDdeun”.
Kata Yoo Jae-suk, Kim Jong-kook sepertinya sudah tidak mempunyai keinginan untuk berkahwin. Nafi lelaki itu,
Saya tak berfikiran seperti itu.
Marah Yoo Jae-suk,
Minggu lepas awak cakap begitu. Kalau awak berubah, tak ke saya yang nampak pelik?
Apabila Ji Suk-jin meminta Kim Jong-kook menghadiri janji temu, jawabnya,
Kalau awak nak berjumpa seseorang, awak perlu berjumpa orang secara semula jadi. Awak tiada peluang untuk berjumpa orang.
Balas Kim Jong-kook,
Tapi jika selebriti berjumpa, nampak seperti awak nak mengorat mereka. Pertama sekali, rupa saya akan nampak pelik.
Ada lah nanti jodohnya..
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉