Ikuti Kami:

“Saya Ingin Bekerja Dengan Han Sohee” – Park Hyungsik Kongsi Sebab Bintangi ‘#Soundtrack 1’

“Saya Ingin Bekerja Dengan Han Sohee” – Park Hyungsik Kongsi Sebab Bintangi ‘#Soundtrack 1’

Mesti ramai tak sabar nak tonton drama baharu Park Hyung-sik “Soundtrack #1” kan?

Park Hyung-sik telah menunjukkan transformasi lakonannya yang mantap melalui drama “Happiness” selepas dia menamatkan perkhidmatan tentera, dan kini, dia telah kembali ke genre percintaan, yang dinantikan ramai. Semasa temu bual bersama OSEN, Park Hyung-sik mengulas drama “Soundtrack #1” sebagai,

Ia adalah karya yang mengandungi kisah yang berlaku apabila perasaan cinta mula berputik antara seorang lelaki dan wanita yang telah lama berkawan. Saya fikir ia adalah drama di mana anda boleh merasakan perasaan cinta yang tidak berbalas dan jenis cinta yang dipelajari secara beransur-ansur dengan muzik.

Park Hyung-sik turut berkongsi sebab dia memilih untuk membintangi “Soundtrack #1”. Katanya,

Saya paling ingin bekerja dengan pengarah Kim Hee-won dan pelakon Han So-hee, dan saya juga gemar membaca skrip drama ini, itulah sebabnya saya memilihnya. Saya rasa saya juga ingin bekerja dengan Disney+.

park hyungsik soundtrack #1

Mengenai wataknya sebagai Han Sun-woo, Park Hyung-sik menggambarkan,

Dia seorang jurugambar yang mempunyai kawan lama bernama Eun-soo (Han So-hee). Dia seorang lelaki muda yang konsisten dan ikhlas, dan itu nampaknya merupakan daya tarikan terbesar Han Sun-woo. Saya masih ingat bagaimana untuk menggambarkan ketulusan Han Sun-woo yang tidak berubah kepada penonton semasa berlakon.

Akhirnya, apabila ditanya tentang pilihan yang akan dia buat jika dia berada di persimpangan antara cinta dan persahabatan seperti Han Sun-woo dalam siri itu, Park Hyung-sik menjawab,

Cinta.

Dia kemudian menyambung,

Saya sangat seronok menjalani penggambaran ‘Soundtrack #1’. Saya harap anda menantikan gabungan pengarah Kim Hee-won, pelakon Han So-hee, dan pelakon Park Hyung-sik ini. Saya juga menantikan 23 Mac.

park hyungsik soundtrack #1

Sementara itu, “Soundtrack #1” adalah drama mengenai seorang lelaki dan wanita yang telah berkawan selama 20 tahun. Apabila dua sahabat lama ini akhirnya tinggal bersama selama dua minggu, mereka secara beransur-ansur mula menyedari perasaan mereka antara satu sama lain.

Jangan lupa tonton “Soundtrack #1” pada 23 Mac ini di Disney+!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...