Bukan senang tau untuk Kang Hoon berusaha menjadi seorang pelakon yang diiktiraf dan dikenali ramai.

Baru-baru ini, Kang Hoon telah terlibat dengan satu temu bual, selepas tayangan dramanya “A Time Called You”.
Ketika sesi temu bual, Kang Hoon ada berkongsi bahawa dia pernah bekerja sambilan walaupun sudah memulakan kerjayanya sebagai pelakon. Dia berkata,
Bagi orang lain, ia mungkin kelihatan seperti sekejap tetapi bagi saya ia terasa seperti selama-lamanya. Saya tak pernah terfikir untuk berhenti berlakon. Saya hanya fikir masanya belum tiba.
Kemudian, dia dengan penuh rasa rendah diri menceritakan,
Saya mungkin tidak menerima banyak wang, tetapi kini saya boleh memberi ibu bapa saya wang perbelanjaan. Saya sentiasa mengimpikan hari apabila saya boleh melakukan sesuatu yang menggembirakan mereka. Menjalani impian ini adalah sesuatu yang paling memuaskan dalam hidup saya sekarang.
Semoga terus maju jaya Kang Hoon!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.