Ikuti Kami:

“Saya Ikhlas Berlakon Tapi..” – Pelakon Ini Akui Kecewa Sering Bawa Watak ‘Makcik’ Dalam K-Drama

“Saya Ikhlas Berlakon Tapi..” – Pelakon Ini Akui Kecewa Sering Bawa Watak ‘Makcik’ Dalam K-Drama

Kalau cakap pasal pelakon veteran dalam dunia K-Drama, nama Kim Sun-young pastinya tidak terkecuali.

Baru-baru ini, Kim Sun-young dari “Crash Course in Romance” telah muncul dalam program YouTube “Song Yoon-ah oleh PDC”, di mana pelakon itu ada bercakap mengenai minatnya yang mendalam untuk berlakon.

Khususnya, Kim Sun-young menjelaskan bahawa ianya penting untuk menonton adegan lakonannya berulang kali, untuk belajar dan menambah baik. Bagaimanapun, dia menekankan bahawa dia harus menonton babak lakonannya yang sama beberapa kali, kerana dia tidak mempunyai banyak skrip. Jelasnya,

Dalam satu episod ‘When the Camellia Blooms’, saya hanya mempunyai kira-kira lima baris. Ia kebanyakannya seperti itu. Malah dalam ‘Crash Course in Romance’, saya juga tiada banyak skrip.

Sambungnya lagi,

Tetapi kerana saya tidak muncul banyak kali di skrin, saya kadang-kadang menonton babak saya yang sama selama 10 kali. Saya tidak mengatakan saya mahu lebih banyak screentime. Saya mahu watak saya mempunyai sedikit konflik atau lebih banyak dimensi jadi, saya boleh menggunakannya untuk mengembangkan watak dengan lebih lanjut.

kim sunyoung

Meskipun bersyukur kerana menerima tawaran lakonan namun, Kim Sun-young akui bahawa dia tidak pernah keluar dari zon selesa kerana kerap memainkan peranan yang sama beberapa kali. Luahnya,

Selepas ‘When the Camellia Blooms’, saya membintangi ‘Crash Landing on You’. Kedua-duanya adalah watak wanita pertengahan umur. Bukannya saya ada masalah tetapi saya tidak boleh mengulangi apa yang telah saya lakukan sebelum ini. Saya hanya ikhlas mahu berlakon tetapi tidak berkesempatan.

Kemudian, pelakon berumur 47 tahun itu turut menangis sambil bercerita bahawa dia banyak memikirkan tentang lakonan namun, tidak mendapat banyak peluang untuk berbuat sedemikian,

Selama 24 jam sehari, semua yang saya fikir adalah lakonan. Tetapi, saya tidak mendapat banyak tawaran. Saya sangat terdesak. Saya hanya mahu memainkan peranan yang mempunyai lebih banyak dimensi. Kadang-kadang saya fikir ‘Kasihan Sun-young. Awak tahu ianya ada dalam diri awak. Kalaulah awak dapat peluang, awak pasti akan lakukan yang terbaik’. Tiada apa yang saya boleh lakukan. Berlakon adalah hidup saya.

Semoga ada peluang yang lebih banyak buat Kim Sun-young pada masa hadapan..

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...