Utama Drama Korea “Saya Hilang 7KG Berat..” – Park Jiah Kongsi Persiapan Bawa Watak Jahat...

“Saya Hilang 7KG Berat..” – Park Jiah Kongsi Persiapan Bawa Watak Jahat Dalam ‘The Glory’

park jiah the glory

Watak Park Ji-ah dalam “The Glory” sebagai ibu kepada Moon Dong-eun iaitu Jung Mi-hee, memang tidak dinafikan membuatkan penonton geram.

Untuk pengetahuan, Jung Mi-hee adalah salah satu watak yang merosakkan kehidupan Moon Dong-eun meskipun dia adalah ibunya. Selain itu, dia juga mempunyai masalah ketagihan alkohol dan susah untuk mengawal kemarahannya.

Terbaru dalam sesi temu bual yang dilakukan, Park Ji-ah berkongsi persiapannya untuk memainkan watak Jung Mi-hee dalam “The Glory”. Dia berkata,

Saya terfikir untuk pergi ke pusat ketagihan alkohol tetapi akhirnya saya hanya menonton video rujukan dan tidak pergi ke sana. Perkara yang paling penting adalah untuk menunjukkan perubahan penampilan watak dari bahagian 1 ke bahagian 2.

Selain itu, pelakon wanita tersebut turut menjelaskan perbezaan dari segi penampilannya dalam bahagian 2 drama berkenaan,

Melihat foto sebelum dan selepas orang yang ketagihan alkohol dan dadah, saya dapati mereka pastinya orang yang sama tetapi dengan penampilan yang berbeza. Oleh itu, saya cuba menurunkan berat badan sebanyak mungkin.

park jiah the glory

Tambah Park Ji-ah lagi,

Saya kehilangan 7KG berat badan selepas menamatkan bahagian 1 dan sebelum penggambaran bahagian 2, mencapai berat paling rendah dalam hidup saya iaitu dalam lingkungan 40KG.

Kemudian, pelakon berumur 51 tahun itu turut menjelaskan mengenai perkara utama yang dia fokuskan untuk hidupkan watak Jung Mi-hee. Kongsinya,

Dong-eun boleh melakukan apa sahaja namun, dia tidak boleh berbuat apa-apa kepada saya kerana hubungan keluarga. Saya tertanya-tanya sama ada dia mahu memutuskannya, tetapi dia tidak dapat melakukannya. Satu-satunya orang yang buat Dong-eun menangis dan tunduk kepadanya ialah ibunya. Sebab itulah saya terpaksa membuat perkara itu berlaku.

Memang geram betul dengan watak Jung Mi-hee!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

SUMBERSPOTV NEWS
Loading...