Utama Drama Korea “Tak Pernah Terpilih..” – Kim Gunwoo Dedah Sering Gagal Uji Bakat Lakonan...

“Tak Pernah Terpilih..” – Kim Gunwoo Dedah Sering Gagal Uji Bakat Lakonan Sebelum ‘The Glory’

kim gunwoo

Siapa sangka, tuah Kim Gun-woo terletak pada drama “The Glory”.

Terbaru ketika sesi temu bual yang dilakukan bersama Kim Gun-woo, pelakon lelaki itu berkongsi bahawa dia beberapa kali telah gagal uji bakat lakonan sebelum berjaya sertai “The Glory”,

Saya sudah lama tidak berlakon sebelum bertemu ‘The Glory’. Apabila saya gagal beberapa kali dalam uji bakat akhir dan tidak pernah terpilih, saya terfikir sama ada saya perlu terus berlakon. Pada masa itu, saya bertemu ‘The Glory’ dan ia membangkitkan semangat saya semula. Berasa sangat bersyukur, saya mahu membantu dalam apa cara sekalipun.

Kemudian, Kim Gun-woo juga turut mendedahkan bahawa dia pernah menerima bayaran pendahuluan dari agensinya semata-mata untuk terus hidup. Kongsinya,

Saya mendapat pendahuluan untuk bayaran penampilan saya sebelum ini. Saya juga melakukan perkara yang sama semasa merakam ‘The Glory’. Saya mempunyai perasaan yang baik tentang drama itu, jadi saya ingin makan makanan yang lazat semasa penggambaran. Saya minta bantuan agensi untuk itu.

kim gunwoo the glory

Sambungnya lagi sambil ketawa,

Saya sudah membayar balik semua wang pendahuluan yang saya terima.

Betul lah orang cakap, rezeki memang tak pernah salah alamat kan.

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

SUMBERSports Today
Loading...