Ikuti Kami:

“Saya Hilang 7KG Berat..” – Ahn Hyoseop Akui Bekerja Keras Untuk ‘Dr. Romantic 3’

“Saya Hilang 7KG Berat..” – Ahn Hyoseop Akui Bekerja Keras Untuk ‘Dr. Romantic 3’

Bakal menemui penonton dalam “Dr. Romantic 3”, Ahn Hyo-seop pastinya telah melakukan banyak persiapan.

Terbaru pada 26 April, Ahn Hyo-seop dan Lee Sung-kyung telah tampil dalam siaran radio SBS “Choi Hwa Jung’s Power Time” sebagai tetamu, bagi mempromosikan drama “Dr. Romantic 3”.

Dalam siaran itu, seorang pendengar radio bertanya kepada Ahn Hyo-seop sama ada dia telah bersenam bagi mempersiapkan diri untuk drama berkenaan. Jawab pelakon itu,

Saya bekerja keras untuk beberapa adegan tertentu.

Menambah keterujaan penonton, Lee Sung-kyung menambah,

Sila nantikan drama itu. Ia akan keluar tidak lama lagi.

ahn hyoseop dr romantic 3

Kemudian, Ahn Hyo-seop turut berkongsi bahawa dia telah kehilangan banyak berat badan selepas penggambaran,

Saya biasanya kehilangan banyak berat badan apabila penggambaran sebuah projek. Selepas penggambaran, saya telah kehilangan 7KG lagi.

Mendengar perkongsian itu, Lee Sung-kyung memberi respon,

Berhenti menurunkan berat badan. Saya kecewa walaupun anda kehilangan hanya 1 gram, Seo Woo-jin!

Sementara itu, “Dr. Romantic 3” akan mula bersiaran pada 28 April ini menerusi Disney+. Jangan lupa tonton!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...