Ikuti Kami:

“Saya Hilang 15KG..” – Jihyo TWICE Dedah Bagaimana Bentuk Badan Kekal Langsing

“Saya Hilang 15KG..” – Jihyo TWICE Dedah Bagaimana Bentuk Badan Kekal Langsing

Jihyo TWICE sudah hilang berat hampir 15kg? Biar betul…

Korang perasan tak perubahan bentuk badan Jihyo dari awal debut hingga sekarang? Baru-baru ini, Jihyo tampil dalam satu rancangan hiburan dan dia berkongsi bagaimana cara dia mengamalkan diet pemakanan. Jihyo mula mengamalkan diet selepas pengurusnya berkata dia tidak dibenarkan mengambil gambar debut jika beratnya tidak menurun ke 45kg.

Ha… kalau korang nak tahu tips penjagaan badan yang diamalkan oleh Jihyo, teruskan membaca! Tips amalan diet Jihyo semestinya adalah dengan mengamalkan senaman supaya kekuatan fizikalnya kekal konsisten dan bertenaga. Antara tips lain adalah:

1. Satu hidangan makanan sehari, berpuasa selepas 5PM

Dalam satu sesi temu bual bersama Cosmopolitan Korea, Jihyo berkata,

Saya sebenarnya suka makan. Jadi, apabila saya disuruh mengamalkan diet pemakanan, saya rasa ianya amat susah. Jadi, selain diet, jika saya mempunyai jadual yang padat, saya akan menjamah snek ringan dan makan satu hidangan sahaja sehari. Saya cuba bertahan dari pagi hingga petang dan hanya makan pada pukul 4PM hingga ke 5PM. Saya cuba amalkan rutin sebegitu. 

jihyo twice2. Melakukan senaman

Jihyo turut berkata,

Ada pelbagai jenis senaman yang sesuai dengan saya sebenarnya, iaitu senaman abs, bukan diet. Bila kita ke gim, akan ada sejenis kerusi yang digunakan untuk membuat senaman abs. Kita hanya perlu membetulkan kedudukan mengikut keselesaan dan melakukan senaman angkat berat. Selepas saya membuat senaman itu selama 3 ke 4 hari, saya mendapat abs secara semulajadi.

Ha korang rasa korang boleh try tak ikut cara Jihyo?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...