Ikuti Kami:

“Banyak Negara TWICE Belum Pergi” – Sana Kongsi Keinginan Kumpulan Lepas Perbaharui Kontrak

“Banyak Negara TWICE Belum Pergi” – Sana Kongsi Keinginan Kumpulan Lepas Perbaharui Kontrak

Korang dah dengar ke lagu baru TWICE, “Talk that Talk”? Best tak?

TWICE baru sahaja mengeluarkan lagu “Talk that Talk” dan kini lagu itu sudah mencecah hampir 51 juta tontonan sejak disiarkan pada 26 Ogos lagu.

Salah seorang ahli TWICE, Sana juga sempat berkongsi dalam satu video “RE:EARTH Challenge: TWICE’S Sana” yang dimuat naik menerusi akaun Youtube rasmni, Monotube, mengenai lagu baru mereka.

Sana berkata,

Perkara utama dalam koreografi lagu “Talk that Talk” adalah, hampir kesemua koreografi tersebut dikaitkan dengan lirik lagu, jadi ada satu bahagian tarian yang sync dengan “L-O-V-E”. 

sanaDek kerana mereka juga sudah hampir dengan ulang tahun ke-7 untuk debut kumpulan TWICE sekaligus menandakan bahawa kontrak mereka bersama JYP juga bakal tamat. Oleh itu, kesemua ahli TWICE telah memperbaharui kontrak mereka dan berjaya membuat comeback dengan album “BETWEEN 1&2”.

Sejurus selepas itu, Sana juga berkongsi bahawa,

TWICE sudah memperbaharui kontrak dan fasa kedua aktiviti kami sudah bermula. Ada banyak lagi negara yang kami belum jelajahi. Jadi, saya harap dalam aktiviti selepas ini, kami berpeluang melawat negara-negara tersebut. 

sanaMendengar kepada jawapan Sana, krew produksi sempat bertanyanya mengenai kebolehannya berbahasa Inggeris.

Saya ingin bercakap dengan fasih. Saya betul-betul ingin mahir, tapi saya mengalami sedikit kesukaran. 

Mana la tahu lepas ini ada konsert world tour TWICE ke ek….

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...