Ikuti Kami:

“Saya Hidup Untuk Diri Sendiri..” – Tak Endahkan Kecaman, Lisa BP Akui Utamakan Kebahagian Diri Kini

“Saya Hidup Untuk Diri Sendiri..” – Tak Endahkan Kecaman, Lisa BP Akui Utamakan Kebahagian Diri Kini

Nampaknya, Lisa amat mengutamakan tentang kebahagian dirinya kini.

Terbaru, Lisa BLACKPINK telah terlibat dengan penggambaran dan temu bual bersama majalah W Korea, di mana dia ada berkongsi mengenai pelbagai perkara tentang dirinya.

Ketika sesi temu bual, Lisa ditanya tentang apakah kenangan yang dia ingin simpan selama-lamanya. Jawab penyanyi itu,

Sudah tentu, ia adalah Coachella. Apabila saya mula-mula berdiri di atas pentas Coachella pada 2019, saya tidak terlalu risau. Saya terfikir untuk membuat persembahan tanpa tekanan, tetapi kali ini saya tahu. Selepas turun dari pentas, saya mula menangis. Memikirkannya, saya sebenarnya merasakan tekanan yang baik sebelum berdiri di atas pentas.

Kemudian, penyanyi “MONEY” itu turut berkongsi impian terbesarnya pada tahun ini dengan berkata,

Menjadi gembira. Saya cuba menjaga kebahagiaan saya lebih daripada apa-apa hari ini. Saya telah menjadi setia pada kebahagiaan saya sendiri selagi ia tidak mengganggu orang lain.

lisa blackpink

Sambung Lisa lagi,

Ia adalah perasaan bahawa saya benar-benar mahu hidup untuk diri saya sendiri. Saya tak tahu. Mungkin, saya tiba-tiba akil baligh. Kita panggil ini krisis suku hayat, bukan?

Semoga terus berbahagia Lisa!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...