Ikuti Kami:

“Nampak Mesra..” – Lisa BP Didakwa Keluar Dating Dengan Lelaki Dari Keluarga Terkaya Di Paris?

“Nampak Mesra..” – Lisa BP Didakwa Keluar Dating Dengan Lelaki Dari Keluarga Terkaya Di Paris?

Betul ke Lisa BLACKPINK bercinta dengan Frédéric Arnault?

Baru-baru ini, video Lisa sedang makan di sebuah restoran di Paris telah menarik perhatian ramai, apabila wanita itu diduga juga sedang meluangkan waktu bersama Frédéric Arnault, anak kepada pegangan mewah LVMH.

Meskipun wajah lelaki itu tidak jelas kelihatan namun, ada yang menebak bahawa memang benar dia ialah Frédéric Arnault, yang pernah beberapa kali terpalit khabar angin bercinta dengan Lisa sebelum ini.

Menerusi video yang dikongsi, Lisa dan lelaki itu kelihatan sangat mesra dan penyanyi tersebut turut dipercayai meletakkan kepalanya di bahu Frédéric.

Antara reaksi netizen,

Dia hidup dalam skala lain..dating dengan anak konglomerat kelas atasan.

 

Lisa daebak. Kekayaan Frédéric Arnault berjumlah kira-kira 326 trilion won.

 

Saya tak kisah asalkan Lisa gembira.

 

Lisa memang berada di tahap lain. Dia bercinta dengan anak dari keluarga terkaya di dunia.

Setakat ini, YG Entertainment masih belum memberi apa-apa respon lagi mengenai dakwaan berkenaan.

Biar lah Lisa nak bercinta dengan sesiapa pun kan?

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...